26 April 2011

luahan hati~ realiti masa depan...~

TERKEJUT??seribu kemaafan,saya sama sekali tidak terkejut mendengar ada pelajar senior membelasah pelajar lain yang berstatus OKU(penegasan disini perlu),kerana mangsa enggan menyerahkan duit syiling yang hanya bernilai 20 sen!!!!!

ikuti dahulu kronologi kejadian yang menimpa mangsa....


1.30 petang,Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.


pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala.


Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain.


pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan..



    PERSOALANNYA,mengapa dewasa ini semakin banyak kes-kes,yang melibatkan pelajar sekolah di negara ini.Dahulu kita pernah digemparkan dengan kes pelajar memukul guru dan sekarang pula melibatkan pelajar OKU..
    adakah pelajar kini telah melangkah ke arah satu transformasi sehingga nilai estetika hormat menghormati dan dann berbudi bahasa diabaikan sama sekali..
    pelajar kini telah pun memasuki dimensi baru sekitar kitaran hidup mereka..dahulu,pelajar dididik dengan tegas bermula dari rumah hinggalah ke sekolah dan kembali semula di rumah..dan kini,semua itu telah berubah..

    DIMANA SILAPNYA??..kata orang  menuding jari kepada orang lain jika berlaku sebarang permasalahanbukanlah satu jalan penyelesaian..ITU BENAR!!..tapi jika situasi melibatkan pelajar sekolah,
    pemimpin masa depan ,yang bakal memimpin anak kepada generasi sekarang,pencorak bentuk bangsa negara masa hadapan,...telah tiba saatnya kita MENUDING JARI kepada pihak yang lebih bertanggung jawab membiarkan senario ini berlarutan...

      SIAPA dan KENAPA perlu dituding jari???
        IBU-BAPA

              -peranan ibu bapa sangat penting dlam hal ini kerana merekalah yang bertanggung jawab mencorak sahsiah diri pelajar ketika dirumah...SALAH JIKA KITA BERKATA IBU-BAPA KURANG MEMBERI KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KEPADA ANAK MEREKA..kerana sayang,manja dan perhatian yang lebih kepada anak  sehingga si anak berani melakukan jenayah di luar sekolah...Si anak tidak akan berfikir panjang dalam melakukan jenayah kerana sedia maklum ibubapa akan mempertahankan mereka..
              -lebih mendukacitakan,apabila terdapat segelintir ibubapa yang berang dengan sikap guru yang merotan anak muridnya..jika dahulu sewaktu zaman persekolahan saya,mak ayah saya sangat genbira jika saya dirotan malah menyarankan guru mengenakan denda yang lebih berat lagi..-
        apa motif mak ayah saya??.supaya saya insaf  kekal dengan perbuatan saya.mengapa saya menyebut insaf kekal???kerana kebanyakan pelajar kini mengamalkan insaf sementara..
        -namun berbeza denga situasi sekarang sehingga ada ibubapa yang sanggup menyaman pihak sekolah gara-gara menghukum anaknya..dimana letaknya maruah guru tersebut khususnya dan institusi pendidikan amnya di negara ini??adakah guru sekolah tidak mempunyai hati dan perasaan??berpenat lelah mendidik anak mereka namun dibalas dengan cemuhan.. saya rasa sudah tiba masanya guru dilindungi dengan satu akta agar peranan guru terus relevan seiring dengan perubahn mentaliti pelajar masa kini..




                                                                        MEDIA MASSA..
                 -jika berkata soal media massa,luas skop dan pembentanganya.tak perlu dirisaukan tentang media           cetak dan elektronik kerana ia dikawal dengan ketat oleh pihak kerajaan..yang sentiasa memantau apa yang dipersembahkan kepada rakyat..cuma apa yang terlepas pandang ialah pengaruh internet..dengan kemudahan internet di seluruh negara wi-fi dan wireless,dengan penjanaan fungsi broadband yang canggih,maka segala anasir luar dapat menerobos terus masuk kepada pelajar..namun itu semua terpulang kepada pelajar sendiri untuk menilai..

        No comments: