07 April 2011

aku bangga~selipar perancis..

   Berjalan sendirian di tengah bandar memang membosankan..sangat membosankan..setelah duduk hampir ½ jam di butik avon mengambil pesanan kakakku yang pantang sekali membiarkan aku berpeleseran di Bandar tanpa memesan sesuatu,aq tertarik dengan iklan di hadapan bangunan kedai peralatan sukan yang terkenal di Bandar tawau ni..menawarkan harga penghabisan stok…

  Bertepatan sekali dengan niat asalkan ku untuk mencari kasut futsal,maka dengan tiada segan silunya aq memasuki sport shop dengan semangat membara membawa keluar sepasang kasut futsal yang telah lama direncanakan..
(seiras jak la..bukan yang sebenar..)
  
Terdapat satu dua corak yang menarik perhatianku,namun kedua-duanya kehabisan stok yang bersaiz 7..jenuh mencari.,aq decide untuk membeli kasut berjenama  7eleven tuh…opss..haha..tu nama kedai 24 jam la…

  line 7..Berharga RM49,berwarna hitam berless kan jalur biru,berbaloi juga kan..offernya bukan la 50% seperti yang dicanangkan,tapi aku rasa ini dah cukup murah dan mampu aku miliki..lagipun di belakang aku ada 1 pelanggan yang mencari kasut yang serupa..kata orang jangan cerewet sangat..nnti yang dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran(tribute to dian)......
  
   Terlebih berbaloi aku rasa setelah melihat ada sepasang selipar yang disertakan dalam kotak kasut tersebut.berwarna biru,putih dan merah  yang tidak ku sangka-sangka adalah warna bendera perancis..

   Setibanya aku di rumah,sekali lagi aku mencuba kasut futsal itu..biasala barang baru kan..semangat la..wakaka..okla..selesa,ringan,boleh juga dibuat sepak bola futsal tu…sepak orang yang kurang ajar pun boleh juga..hehe…

  Terpandang akan aku selipar f.o.c berwarna belang perancis tu..mahu sahaja aq sedekahkan pada sesiapa yang mahu,kerana mengenangkan Negara tersebut yang telah mengetuai serangan pertama ke atas Libya,Negara islam yang kini bergelut dengan masalah politik..rasa benci meruap ke seluruh sanubari jiwa ku..kafir yang kotor..dah dasar penjajah,sampai kiamat pun sikap menjajah tuh masih ada...
(selipar bukan barang yang sebenar..aku google cari pic x dapat.malas nak amik pic lagi.selipar sudah bersalut tanah...haha)
  

Disebabkan itu,aq memutuskan untuk memakai selipar itu,bukan kerana aq rasa berbangga memakai selipar berbelang perancis,tetapi aku berbangga dapat memijak bendera perancis dan mengheretnya kemana sahaja aku pergi..,sikap mereka yang tidak menghormati hak mutlak sesebuah Negara,dan penghinaan terhadap masyarakat islam sedunia sudah cukup membuatkan aku untuk membenci mereka…

No comments: