15 April 2011

tribute for Tali Fahima....

Banyak kali sudah aku melihat wajah seorang wanita ini terpampang dekat majalah dan surat khabar.Tapi aku tidak mahu ambil tahu pasal dia..kenapa??..sebab tajuk artikel tidak menggambarkan betapa pentingnya~ gahnya~ wanita ini dalam retorik hidupnya..sehinggala semalam aku membeli akhbar utusan malaysia ketika singgah mengisi minyak di stesen petronas..


Tali Fahima,bukan asing bagi dikalangan mereka yang prihatin dengan isu-isu Palestin..perjuangan wanita besi ini mencipta sejarah tersendiri sehingga negaranya sendiri menuduh beliau pengkhianat dan pengganas rakyat Israel pertama yang bertindak ganas terhadap kaumnya sendiri..

sejauh manakah seorang wanita~WANITA~ seperti Fahima mampu memberi ancaman besar kepada Israel dan dilabelkan sedemikian rupa??meh aku kongsi ringkasan(aq yang  ringkaskan sendiri) apa yang telah aku baca..

Tali Fahima,berbangsa Yahudi dari Maghribi yang dilahirkan di bandar kecil Falujjah..dahulu merupakan ANGGOTA TENTERA WANITA ISRAEL .Tahun 2003,Fahima merupakan antara sekumpulan tentera rejim zionis yang telah dimaklumkan mengenai senarai nama-nama pejuang Palestin yang menjadi sasaran dihukum mati.

Menduduki senarai teratas adalah pejuang terkenal,Komander Kataib Syuhada Brigade Al Aqsa(sayap tentera fatah),dan Zakari Zubaide yang dianggap pejuang palestin paling dikehendaki namun sangat licik kerana beliau gagal dibunuh dalam tiga kali cubaan membunuhnya oleh tentera isarael,lantas menyebabkan Fahima menaruh minat untuk berhadapan dengan Zakaria..

Lantaran itu pada tahun yang sama Fahima bertindak di luar dugaan apabila berjaya menemui Zakaria yang akhirnyaditahan oleh agen perisikan Israel dan dituduh membocor serta mendedahkan rahsia kepada Zakaria bahawa pejuang itu tersenarai untuk diserang dan dibunuh dalam satu operasi oleh pihak Israel.Pada Ogos 2004,beliau di penjara 3 tahun dari 2005-2007 kerana bersalah membantu musuh Israel..Tiada layanan istimewa diterima beliau seperti mana tahanan palestin yang lain yang diseksa teruk,fizikal dan mental,walaupun beliau berwarganegara Israel..

TERKEJUT..

Bebola mataku singgah di sebaris ayat seperti berikut....

''Lebih mengejutkan dunia apabila pada isnin 7 jun 2010,Fahima akhirnya memeluk Islam dan menukar kewarganegaraan menjadi rakyat Palestin...''

persoalannya ,apakah yang mendorong Fahima menganut agama islam dan meninggalkan agama yang sejak lahir disemat dalam sanubarinya...

Saat bersama pejuang Palestin dan rakyat Palestin yang menderita di kem pelarian menyedarkan beliau mengenai kekejaman bangsanya sendiri..kekejaman yang beliau lalui dan pengalaman melihat penderitaan rakyat palestin di kem pelarian di Jenin menyedarkan wanita hebat ini bahawa fahaman Zionisme yang selama ini menjadi anutannya adalah songsang dan tidak berperikemanusiaan..

menjadikan SHEIKH RAED SALAH sebagai model untuk memeluk islam,beliau berkata Islam menepati fitrah manusia dan setiap persoalann ada jawapannya..

No comments: