02 April 2011

fantasi~putera katak.puteri pari-pari dan bintang jatuh...

                                    .......... PART 1 ..........
  
    Putera katak jatuh cinta kepada puteri bongsu dari wilayah pari-pari,lalu sang puteri menghilangkan diri ke langit.Membiarkan putera katak kebingungan untuk satu jangka masa yang lama.Putera katak mahir menunggang kuda dan bermain pedang,tapi tidak ada kebolehan untuk terbang.Putera katak keluar dari istana untuk belajar terbang dengan kupu-kupu.tetapi kupu-kupu tidak dapat membawanya terbang melintasi awan gemawan biru,hanya melintasi lalang dipinggiran jalanan.
    
    Kemudian putera katak belajar terbang dengan burung helang tetapi helang hanya mampu menghantarnya sehingga ke atas menara utara bumi.Tak ada unggas bersayap yang mampu terbang lebih tinggi melainkan helang,maka putera katak pun berputus asa.

   Walau bagaimanapun,dia tetap meminta pertolongan dari angin.Angin telah mengajarnya terbang mengelilingi bumi.Lebih tinggi dari dari gunung dan awan gemawan.Namun puteri bongsu dari wilayah pari-pari masihbegitu tinggi tidak tergapai oleh langit biru.Tiada angin yang mampu menembusi langit biru dalam sejarah alam!!
  
   Putera katak amat sedih dan berputus harapan untuk menjejaki puteri bongsu sehinggala suatu malam yang sepi dan sunyi dalam hatinya yang paling dalam,ada sebutir bintang jatuh dari dada langit.Bintang tersebut menawarkan diri kepada putera katak untuk terbang menembusi langit tinggi secepat kilat.
   
   Namun dengan syarat jika putera katak tidak mampu mendarat tepat di depan puteri bongsu dan tersasar jauh dari wilayah pari-pari,maka kematian yang sedang menanti putera katak.Hancur lebur seperti tepung membuat kuih jemput-jemput..Serpihan tepung dari putera katak akan bertabur di dada langit dan menjadi tangisan awan yang bakal mencenari bumi..

   Namun putera katak tetap bersetuju dan rela menerima segala risiko yang sedang menunggu.Kepada bintang jatuh dia serahkan nyawa demi cintanya yang membara terhadap puteri bongsu,sekaligus dia membiarkan nyawa yang satu itu bakal lebur di kakai langit jika kegagalan yang akan ditemuinya nanti.Malam kian pekat,air matanyajatuh di dasar hati yang paling dalam.Ketika bintang jatuh menggengam erat tangannya,putera katak pasrah..

 ‘’Inilah pejalanan sebuah cinta sejati’’,bisik bintang jatuh kepada putera katak.’’pejamkan matamu wahai sang putera,jika takdir itu benar-benar wujud,ia tak akan membiarkanmu mati begitu sahaja.jika kamu merasakan perjalanan ini perlu dihentikan,jeritlah sekuat hatimu perkataan berhenti’’.Sepantas kilat putera katak dibawa membelah kepekatan langit kelam.tiada perasaan takut dan sangsi.Apa yang ada hanya perasaan cinta yang mengalir di segenap pembuluh darah dan nadinya,mengembang dalam diri lalu mencipta satu kekuatan luar biasa.Apabila tiba di satu lintasan langit tengah,dia bagai merasakan sesuatu yang menarik hatinya untuk menjerit`berhenti!



   Bintang jatuh terpingga dan menoleh ke bawah,lalu tersenyum.Kelibat sang puteri yang sedang duduk di birai  bulan menarik perhatiannya.Tatkala puteri itu mendongak,bintang jatuh terpaku,lantas timbul satu perasaan jahat dihatinya.Genggaman tangan putera katak dilepaskan tanpa belas kasihan.Maka putera katak hancur lebur di dada langit.

   Satu nyawa dan satu cinta yang pernah diserahkan kepadanya dimatikan tanpa ehsan.sementara rasa bersalah,bintang jatuh itu mneghampiri puteri tersebut,’wahai sang puteri yang cantik menawan,siapakah gerangan yang tuan puteri tunggu?’’ tiada senyuman di bibir indah puteri tersebut hanya segaris kedukaan.

                           _______  PART 2 _______


    Di dada langit,roh putera katak disambut oleh malaikat cinta.Sebuah cinta sejati yang tiada pertemuan dan penyudahnya.Hanya janji malaikat cinta untuk menyatukan putera katak dengan puteri bongsu di syurga kelak yang kekal di atas pusara putera katak,menjadi batu nesan yang saban waktu kian meninggi,membelah tujuh petala langit tinggi,menjadi tangga para putera dan teruna menjejaki puteri impian mereka di langit atas.

    Sementara itu,bintang jatuh telah menghilang dari kerdipan jutaan bintang di langit.Penyesalan telah menghukum bintang jatuh dilaknati seluruh isi alam..Maka ia bertukar menjadi gerhana.Saban waktu tangisannya telah mencipta suatu puisi yang didengari oleh putera katak,lalu segala kesilapan bintang jatuh diampuni oleh putera katak.

    Sejak detik itu,bintang jatuh menjadi lampu yang menyinari kegelapan liang lahad putera katak.Setiap kali itu jua puisi-puisi cinta dan lagu-lagu kehidupan akan diutus oleh puteri bongsu melalui bintang jatuh,sehingga ke hujung hayat sang puteri itu tetap duduk di birai bulan,menanti nyawanya diambil oleh malaikat alam.Maka roh mereka bersatu sepertimana yang telah dijanjikan oleh malaikat cinta..


    
     Menangislah  pendeta  Abba dan dewa alam,meraunglah seisi alam semesta kerana pancaran cinta sejati putera katak bersama puteri bongsu telah membuka semua pintu langit yang jutaan abad ditutup mati.
Dari kejauhan bintang jatuh berbisik,

  ’’tiada sesiapa yang mampu mematikan atau menghidupkan sebuah perjalanan cinta sejati jika takdir itu benar-benar wujud.Inilah perjalanan cinta manusia biasa bersama puteri pari-pari yang akan kekal dalam sinaran sejuta bintang,aku bersumpah bintang tidak akan jatuh lagi!.Ia tak akan datang,seperti parajurit yang trauma pada medan perang,mengunjungimu seperti situs tua penuh dara dan luka.dia tak akan datang,sampai ia yakin masa depan dapat hidup tanpa masa lalu.sampai ia sedar bahawa kenangan itu terlalu menyakitkan.Ia tidak akan datang,kecuali bila ia sungguh-sungguh pejuang’’,,

                          (sedihnya aweks ni...meh abang temankan...wakaka)..
    
    Pemerintah wilayah pari-pari berasa sangat hairan dengan kehadiran sejalur cahaya yang menembusi ke Taman kenangan puteri bongsu.Ketika baginda cuba melihat cahaya itu dari jarak dekat,maka dengan sendirinya jalur cahaya itu kan hilang.Tetapi apabila diperhati dari birai bulan,ia akan semakin menyimbahkan sinar...

    Kemusykilan baginda akhirnya terjawab apabila pendeta matahari menceritakan satu peristiwa menyayat hati yang pernah berlaku sepuluh juta tahun yang lalu,di dada langit ini serta di antara lapisan langit dan bawah tanah,ada dua roh,dari dua jiwa yang berlainan tetapi dipayungi malaikat cinta yang satu buat selama-lamanya.Keduanya tenag bersemadi.Sehingga alam ini dipanggil untuk kiamat.

    Setiap detik juga kedengaran dari segenap petala langit.Bait-bait puisi berkumandang.Bagai mantera yang memuja keagungan ciptaan Tuhan.Kelihatan kupu-kupu,helang,dan angin saling beterbangan tinggi mengelilingi sesuatu di sebalik langit ketujuh.Namun baginda tidak pernah tahu tentang perkara tersebut.Telah dikemukakan kepada ahli nujum wilayah,begitu juga panglima besar negara,namun tiada seorang pun yang tahu apakah itu yang seringkali kelihatan di pintu masuk wilayah mereka sehingga baginda memutuskan untuk memanggil pendeta matahari..

   ‘‘Itu ADALAH BINTANG JATUH.Ia terperangkap sekian lama di atas kesilapan besarnya membunuh putera katak ,kekasih puteri bongsu dari wilayah tuanku.Tiada sesiapa yang berani menhukum bintang jatuh kerana kepantasannya menembusi garis langit dan bumi,kerana itu juga langit telah melaknatinya.Hanya kumpulan kupu-kupu,helang dan angin yang sudi berkawan baik dengannya’’..

    Mendengar kata pendeta matahari,baginda menjadi hiba dan tersentuh rasa hatinya.Maka dengan satu lafaz kata,baginda telah memaafkan bintang jatuh kemudian mengarahkan dua org panglimanya menjemput bintang jatuh untuk datang bertandang ke wilayah pari-pari.Namun pelawaan baginda tidak disambut oleh bintang jatuh,hanya pesanan yang dititip buat baginda.

  ‘’pagi menitis dalam embun wilayah pari-pari.Sejauh yang ku pandang adalah kelapangan jiwa.Bahkan desir udara dapat mengisi raga.Ketika terlihat suatu damai,suatu raga tak akan longlai,arus waktu,kuharap tidak akan merubah segala yang terpaku,semoga ini tidak akan pernah berlaku,hingga seluruh arus denyut darah menjadi kaku,kulihat bentuk kehidupan,yang mungkin akan selalu ku angan,hingga tidak terbentuk lagi bayangan lain.Mungkin yang ku lihat adala ilusi,tapi selama ada nafas yang mengalir.Izinkan doaku berkelana,yang terhampar dalam pandangan.Baik itu titisan embun Wilayah pari-pari,adalah sebuah lukisan jiwa.Adakah itu akan berubah menjadi cermin untuk jiwa kita?Semoga khayalannku bakal menakluki dunia nyata.Bukan untuk pari-pari di dunia ilusi,tetapi untuk kamu yang menganggap diri benar-benar wujud  dan hidup,untuk bersatu di alam yang ada garis pemisah.Kita ucap selamat sejahtera buat penghuni langit biru semoga berjumpa di syurga!’’..

    Bintang jatuh tetap setia menyinari pusara putera katak,walaupun ia cukup sedar bahawa jasadnya telah reput menjadi wangi-wangian syurga.Roh serta jiwanya telah lama diangkat ke langit teratas.Malah telah lama bersatu dengan jiwa puteri bongsu.Namun perasaan bersalah bintang jatuh serta dosa tidak akan terampun sampai bila-bila.

    Bintang tetap jatuh,kemudian mengulangi kesilapan yang sama sepertinya.Kemudian bintang itu jatuh lagi,dan jatuh lagi.Hanya dia menyaksikan manusia-manusia kerdil di bawah sana yang meneropong takjub menyelidiki bintang jatuh yang pada hakikatnya adalah satu permulaan titik pembunuhan manusia pertama di langit..Mereka begitu kagum hingga mulut mereka ternganga luas...

            ............... TammaT ...............


1 comment:

Unknown said...

aiyaa.. bsambung la plak.. hehe..