15 May 2011

relevan kah belia?


hari ini 15 mei adalah hari belia negara..belia oh belia..ada sambutan sebegini,baru terasa bagai dihargai..dahulu,suara belia jarang sekali berkumandang dimana-mana..padahal belia merupakan satu tiang negara yang perlu diteguhkan dari merdeka lagi.

saya teringat saudara Khairy Jamaludin(tidak lama lagi dapat gelaran datuk la tuh)...dalam ucapan di perhimpunan agong umno tahun lalu,mahukan belia lebih proaktif dalam pembangunan negara..kedengaran
agak 'nice' tapi bagi saya 'klise'..saya merasakan khairy bersendirian apabila melontarkan idea terbabit..

kerana apa?? ikhlaskah pemimpin kita yang jauh lebih berusia memberi laluan kepada golongan belia bagi
menjana ekonomi,pembangunan,membentangkan idea  kreatif yang boleh memacu negara agar lebih kehadapan??fikirkan fakta ini..''kita dibelenggu oleh pemimpin yang lebih berusia untuk mengutarakan pelbagai isu yang lebih mendalam sifatnya,yang lebih bersifat subjektif''

dewasa ini,saya cenderung melihat belia semakin jelak dengan politik..kerana apa??.of coz la sebab rasuah kan.itu 1 hal yang rumit,amat payah di bendung,.DUNIA TAK AKAN DAPAT LARI DARI RASUAH..TERIMA SAHAJA HAKIKAT TERSEBUT..kerana apa lagi?? sebab asyik-asyik politik negara ini disajikan dengan ''sistem aibkan orang''..belia sudah jemu dengan semua itu..buka akhbar sahaja sudah nampak senario politik sebegitu..adakah ini contoh terbaik untuk politik negara??

belia sekarang lebih tertumpu kepada'aktiviti menceriakan negara', bukan membangunkan negara..itu adalah kenyataannya..harus dingatkan..KITA GOLONGAN BELIA TIDAK SEHARUSNYA MEMBENCI POLITIK KERANA POLITIK ADALAH MASA HADAPAN..POLITIK YANG MEMBANGUNKAN NEGARA SEJAK MERDEKA LAGI..bukan sahaja di negara ini,bahkan di seluruh dunia senarionya sama sahaja..silap memilih pemimpin,maka porak peranda lah negara..

mungkin ada asasnya kita membenci politik sekarang,namun fikirkan masa hadapan..masa depan generasi mendatang,yang mungkin antaranya terdiri daripada anak-anak kita sendiri..bagaimana kehidupan mereka tanpa pembangunan yang mampan,yang selari dengan arus perdana pemodenan dunia..adakah kita mahu melihat anak-anak kita disajikan dengan kelewatan prasarana yang berlaku sekarang??bangsa lain mendahului dengan pantas,namun kita mengekori dengan perlahan..

(antara program yang menghabiskan wang rakyat.belia negara ini tidak sehebat belia luar negara kah??betul-betul buang masa)

                                                        (relevan kha program ni...)

fikirkan fakta itu..politik bukan sekadar politik,namun politik untuk masa hadapan..kita tidak perlu obses untuk berparti~melolong sana sini untuk pemimpin yang tidak mengenali kita~adakan demontrasi untuk membantah~ataupun mencabar satu sama lain~politik tak perlu sebegitu...

sempena hari belia 2011 ini,harapan saya~mungkin harapan sesetengah belia juga~belia perlu diberikan platform yang lebih luas dalam mengutarakan ide-ide..pemimpin sekarang perlu menjadi mentor kepada golongan pemimpin belia,dedahkan dengan dunia sebenar politik dan mungkin daptat mengisi jawatn yang lebih tinggi-yang lebih RELEVAN- dalam mendewasakan belia negara ini..

apapun...enjoy dengan hari belia..hari ini hari kita!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

mcm ni lah said...

laaaa ari ni ari belia negara ke?,. tak tau pun,.

Unknown said...

haha..x alert langsung bha...takpala..skrgdah tahu kan...