09 August 2012

Senarai Selebriti Wanita Yang Berhijab/Bertudung


Wajah-wajah selebriti Malaysia yang telah memakai tudung/hijab


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah



Mr.Sasube:...Alhamdulillah,makin ramai pula artis yang telah mendapat hidayah dari Allah swt...semoga hidayah itu berkekalan...Perlu juga diingat,bertudung tidak semestinya telah menutup aurat dengan sempurna...
Masa kini pelbagai jenis fesyen hijab yang direka,namun ada sebahagiannya tidaklah menepati ciri-ciri menutup aurat seorang muslimah...Kalau masih mendedahkan jambul,atau leher korang yang mulus tue,lebih baik korang buka hijab tu..buat dosa je saudara...
Aurat seorang wanita itu,adalah dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki,kecuali bahagian muka dan telapak tangan...so sendiri mau fikirlahhh yaa....hahaha!!!



1 comment:

Anonymous said...

ayu raudhah dah pakai tudung jgk kan?