21 December 2012

Bakso Tidak Ditanggung Halal?




JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.
“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.
Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.
“Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi,” katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.
“MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.
Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. – Kompas.com

Mr.Sasube: Kalau di Tawau,Malaysia ni,bukan isu halal haram yang menjadi perhatian,tetapi isu daging apa yang digunakan oleh pengusaha bakso..Agak kelakar juga bila ada yang mengatakan penjual-penjual bakso di Tawau ni menggunakan daging tikus dan daging kucing yang banyak berkeliaran di daerah Tawau ni..Tak cukup kelakar,ada lagi yang serong pemikirannya apabila mengatakan pengusaha bakso menggunakan ''ilmu pelaris'' seperti memasukkan seluar dalam ataupun coli wanita di dalam periuk air bakso tersebut...Apapun itu semua hanya omong-omong kosong ye..Faham-faham je la Tawau ni memiliki pelbagai budaya dan adat resam...

#di area Icebox sana kalau makan baksoo perghhhh terbaikkkkk...

3 comments:

Unknown said...

itunya di indonesia. di malaysia bagaimana ya wak?

aemynadira said...

kalau di tawau sy paling suka soto banjar.. ^^

Unknown said...

amad: kalau di Malaysia totally halal,insyaAllah kerana daging khinzir tidak dijual secara terbuka kepada masyarakat...misalnya di Tawau ni,hanya ada satu or dua tempat sahaja yang menjual daging tersebut,itu pun dikawasan yang memliki kepadatan penduduk non-muslim yang ramai..so tak perlu khuatir..