11 May 2013

Senarai Baru Jemaah Menteri Negeri Sabah 2013



Datuk Seri Yahya Hussin mengangkat sumpah 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan barisan Kabinet negeri Sabah, yang menggabungkan muka lama dan baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan boleh bekerjasama bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar pembangunan negeri.
Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri percaya pelantikan pemimpin, yang pernah menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan kesinambungan menerusi pengalaman mereka.
“Dalam masa yang sama, barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan portfolio anggota jemaah menteri negeri Sabah yang baharu di kediamannya di Sri Gaya, dekat sini hari ini.
Sebelum itu, anggota jemaah menteri Sabah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
Musa berharap barisan jemaah menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat sesuai dengan gagasan ’1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Katanya barisan jemaah menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri yang juga menggabungkan muka lama dan baharu.
“Saya tekankan bahawa barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri ini memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.
“Sama ada kita terpilih dalam jemaah menteri dan pembantu menteri atau sebaliknya, sebagai wakil rakyat BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Musa berkata setiap wakil rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi memastikan mandat rakyat dipenuhi, janji ditepati dan dilaksanakan dengan terbaik bagi membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat.
BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding satu pada 2008.
Mengenai cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar beberapa wakil BN yang kalah dalam pilihan umum Ahad lepas diberi peluang untuk menjawat Anggota Dewan Undangan Negeri Dilantik, Musa berkata tidak ada cadangan untuk berbuat demikian buat masa ini tetapi sedia menimbangkannya jika ada keperluan.
Mengenai pewujudan Kementerian Tugas-Tugas Khas, beliau berkata perincian skop tugas menteri berkenaan akan diperjelaskan kemudian.
Musa juga mengumumkan bahawa bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, yang digugurkan daripada barisan Kabinet Sabah yang baharu, dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) berstatus menteri.

Datuk Masidi Manjun menerima watikah pelantikan 


Berikut ialah senarai jemaah menteri Sabah dan pembantu menteri yang diumumkan ketua menteri hari ini:
JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH 2013 (SELEPAS PILIHANRAYA UMUMKE-13)
Ketua Menteri/Menteri Kewangan
-Datuk Seri Musa Haji Aman
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur
-Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan
-Datuk Seri Yahya Hussin
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian
-Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Menteri Kerajaan Tempatan dan  Perumahan
-Datuk Hajiji Noor
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
-Datuk Masidi Manjun
Menteri Tugas-Tugas Khas
-Datuk Teo Chee Kang
Menteri Pembangunan Luar Bandar
-Datuk Radin Malleh
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
-Datuk Siringan Gubat
Menteri Belia dan Sukan
-Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
-Datuk Jainab Ahmad Ayid.

SENARAI PEMBANTU MENTERI SABAH

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
 1. Datuk Edward Yong Oi Fah
 2. Datuk Ellron Angin
 3. Datuk Arifin Mohd Arif
Pembantu Menteri Belia dan Sukan
 1. Masiung Banah
Pembantu Menteri Kewangan
 1. Datuk Ramlee Marahaban
 2. Datuk Michael Asang
Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur
 1. Datuk Bobbey Ahfang Suan
 2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
 1. Datuk Zakaria Edris
 2. Datuk Dr Joachim Gunsalam
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
 1. Datuk Hamisah Samat
Pembantu Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan
 1. Datuk Sairin Karno
 2. Datuk Musbah Jamli
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian
 1. Datuk Bolkiah Ismail
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Pang Yuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
1. Lasiah Baranting @ Anita




No comments: