24 December 2012

Pemain Bolasepak Manchester Utd Kagum Dengan Rasulullah SAW



Penyerang kelab bolasepak gergasi dunia Manchester United, Javier Hernandez Balcazar atau yang lebih dikenali dengan nama Chicharito manyatakan perasaan kagumannya kepada baginda Nabi Muhammad SAW.Difahamkan, Chicharito merupakan pemain Mexico pertama yang diserap ke kelab gergasi Manchester United untuk Liga Perdana Inggeris.

"Saya bukan seorang Muslim, tetapi tokoh orang terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad," tulis Chicarito, di akaun Twitter-nya.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Mexico pada tahun 2009, untuk Piala Dunia FIFA 2010 dan tahun Piala Emas CONCACAF 2011 yang lalu.Chicharito telah dinobatkan sebagai pemain paling berharga setelah berjaya sebagai penjaring terbanyak Piala Emas dengan 7 gol.

Walaupun pada masyarakat dunia yang bukan muslim sekarang ini sedang mengutuk dan tidak mengiktiraf kewujudan pemimpin islam Nabi Muhammad SAW, tetapi lain pula bagi Chicharito walaupun dia bukannya seorang Muslim. 

Saya sangat kagum mendengar berita ini dan berasa betapa rendahnya darjat saya walaupun seorang muslim yang memang asal dilahirkan dalam islam. Begitu besar kekagumannya kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Bagaimana pula dengan anda?

Eja Memikat Hati Dato' Shah Rukh Khan.




18 DISEMBER 2012: Nampaknya kegembiraan aktres popular Siti Shahreza atau Eja dapat bersalaman dan merakamkan foto kenang-kenangan bersama megastar Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan baru-baru ini merupakan detik yang terindah buatnya.

Bagaikan mimpi jadi nyata, Eja yang hadir ke majlis bagi meraikan ulang tahun ke-87, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, ternyata amat terharu dengan pertemuannya bersama Shah Rukh Khan itu.

"Syukur Alhamdulillah. Nampaknya dapat juga Eja berjumpa dan bersalaman dengan 2 hero Eja iaitu Tun M serta satu-satunya pelakon lelaki pujaan Eja iaitu Shah Rukh Khan. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Eja sekarang," katanya ringkas sambil berkongsi foto yang berjaya dirakamkannya.

Undangan untuk menghadiri majlis berkenaan tidak ditolak Eja, apatah lagi bila mengetahui bintang pujaan ramai itu akan bertandang bagi menyerikan sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir.

Lantas, seperti biasa aktres jelita yang mementingkan kesempurnaan itu telah membuat persiapan lebih awal terutama dari sudut penampilan dan persalinan untuk meraikan hari istimewa berkenaan.

"Tak sangka pula, apabila Eja berdiri di sebelahnya, dia melihat Eja dan memuji penampilan dan pakaian yang Eja pakai. Kami bersalaman dan Eja mengambil peluang untuk terus bergambar dengannya," katanya teruja.

Eja telah menggayakan persalinan tweed 'Lady Kebaya' rekaan pereka fesyen muda berbakat besar, Syaiful Baharim dengan solekan ringkas bersama dandanan rambut sanggul ke atas.

Jelas Eja, dia sama sekali tidak menyangka untuk mendapat pujian sebegitu indah daripada Shah Rukh Khan dan menganggapnya sebagai penghargaan tidak berbelah bagi.

"Ini adalah pertama kali Eja menggayakan Syaiful Baharim setelah diperkenalkan oleh Ayie Ali. Ketika bertemu dengan Syaiful di butiknya di Bangsar, pereka itu ada menunjukan beberapa persalinan yang cukup indah.

"Banyak juga pilihan yang Eja suka. Bagaimanapun ada di antaranya yang sesuai untuk digayakan ke acara karpet merah atau majlis gala. Tetapi kebaya tweed lebih menjadi pilihan Eja kerana ianya ebih sesuai untuk majlis meraikan Tun Dr Mahathir," katanya.

Tidak keseorangan, Eja telah hadir bersama suami tercinta Mohd Silahuddin Jamaluddin yang sangat sporting merakamkan gambar detik manis berkenaan

21 December 2012

Patah Seribu Berkumandang di Miami!




20 DIS 2012: Penyanyi Shila Amzah telah berlepas ke Amerika Syarikat pada jam 8.00 malam tadi bagi menghadiri World Music Awards (WMA 2012) yang akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila berlepas ke sana dengan ditemani bapanya, ND Lala, ibunya, Fauziah Sarman serta pengurus daripada Shanghai Media Group, Ong Peng Choo.

Menariknya, seramai hampir 40 peminat beserta kenalan keluarga Shila hadir memberikan sokongan serta kata peransang buat gadis muda yang telah melakar banyak kejayaan pada tahun ini.

Bermula dengan kemenangan sebagai juara Asian Wave 2012 di Shanghai ini, Shila kemudian mengukir kejayaan menarik di malam kemuncak Anguerah Industri Muzik Malaysia 19 (AIM19) apabila lagu yang dicipta serta dinyanyikannya sendiri iaitu Patah Seribu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM19 selepas ianya memenangi kategori Lagu Pop Terbaik.

Pada Anugerah Planet Muzik 2012 (APM2012) yang telah berlangsung di Singapura baru-baru ini, Shila Amzah sekali lagi mencipta kejayaan apabila dia dinamakan sebagai Artis Wanita Terbaik setelah gelaran itu diraih penyanyi Indonesia, Rossa pada tahun lalu.

Melengkapkan lagi kejayaan di pentas APM2012 pada malam itu apabila Shila Amzah turut meraih kemenangan menerusi kategori Duo/Kumpulan Terbaik bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura dalam 3 Suara.

Apakah Shila bakal meraih kejayaan pula di dalam World Music Awards (WMA 2012). Kita tunggu! Apapun, Shila Amzah menjadi anak seni tempatan pertama tercalon dalam dua kategori iaitu World Best Female Artist (Artis Wanita Terbaik Dunia) dan Best Entertainer of The Year (Penghibur Terbaik Dunia).

Malah, Shila juga bakal beraksi di pentas VMA 2012 nanti.Difahamkan,Shila bekemungkinan akan mengalunkan lagu Patah Seribu di pentas VMA 2012 itu. Bayangkan bila lagu Melayu yang dicipta serta dinyanyikan Shila Amzah itu akan berkumandang di negara yang dipimpin oleh Barrack Obama itu.

Satu senario yang disifatkan cukup menarik, namun semua itu hanya akan menjadi kenyataan jika Shila Amzah tidak akan berdepan dengan masalah menerusi visa persembahannya sewaktu tiba di sana nanti.

Kata Shila, dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan dicalonkan di dalam 2 kategori di dalam majlis anugerah tersebut.

"Ini adalah satu peluang yang saya sendiri sama sekali tidak menyangka. Rasa macam bermimpi pula. Lebih-lebih lagi apabila berpeluang untuk beraksi di pentas antarabangsa itu nanti yang bakal menhimpunkan ramai penyanyi dan penghibur bertaraf dunia. Sedangkan saya, bukanlah layak digelar seorang diva lagi di Malaysia. Tapi, saya sangat teruja untuk tampil dan beraksi di sana.

"Dan, syukur Alhamdulillah, selepas 12 tahun berada di dalam industri ini, akhirnya orang nampak bakat dan kebolehan saya. Dan, sekarang ini, jadual saya memang padat. Dari Shanghai, ke KL, Ke Jakarta, Ke Banjarmasin, kemudian ke Singapura dan sekarang ini ke Amerika pula. Semua ini adalah rezeki ," katanya yang telah membawa 4 persalinan untuk digunakan sepanjang menghadiri majlis anugerah itu nanti.

sayangnya gambar Shila Amzah yang digunakan untuk pencalonan dan pengundian adalah gambar ketika beliau masih tidak mengenakan hijab..diharap tahun berikutnya Shila Amzah lebih peka dengan situasi seperti ini..

Selain Shila Amzah, penyanyi Dato` Siti Nurhaliza pula hanya tercalon menerusi satu kategori saja iaitu Best Female Artist. Namun dalam kategori tersebut, Shila dan Siti terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson, Madonna, Alicia Keys, Britney Spears dan Christina Aguilera serta 32 penyanyi antarabangsa lain.

Manakala dalam kategori Best Entertainer of The Year, saingan Shila Amzah terdiri daripada 146 orang penghibur dunia lain yang hampir semuanya hebat-hebat belaka seperti Kanye west, Bruno Mars, Jennifer Lopez dan Lady Gaga.

WMA edisi ke 23, menampilkan lebih 200 selebriti terkenal dunia menerusi 9 kategori yang dipertandingkan iaitu Best Song, Best Album, Best Video, Best Group, Best Female Artist, Best Male Atrist, Best Live Act, Best Electronic Music Artist dan Best Entertainer Of The Year.

Ia adalah majlis berprestij yang mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album dan lagu di seluruh dunia. Kepada semua peminat Shila Amzah dan Dato' Siti Nurhaliza serta peminat dunia hiburan tanah air yang ingin memberi sokongan kepada selebriti tempatan ini, boleh layari www.worldmusicawards.com untuk mengundi.


Bakso Tidak Ditanggung Halal?




JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.
“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.
Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.
“Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi,” katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.
“MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.
Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. – Kompas.com

Mr.Sasube: Kalau di Tawau,Malaysia ni,bukan isu halal haram yang menjadi perhatian,tetapi isu daging apa yang digunakan oleh pengusaha bakso..Agak kelakar juga bila ada yang mengatakan penjual-penjual bakso di Tawau ni menggunakan daging tikus dan daging kucing yang banyak berkeliaran di daerah Tawau ni..Tak cukup kelakar,ada lagi yang serong pemikirannya apabila mengatakan pengusaha bakso menggunakan ''ilmu pelaris'' seperti memasukkan seluar dalam ataupun coli wanita di dalam periuk air bakso tersebut...Apapun itu semua hanya omong-omong kosong ye..Faham-faham je la Tawau ni memiliki pelbagai budaya dan adat resam...

#di area Icebox sana kalau makan baksoo perghhhh terbaikkkkk...