30 September 2011

Football Fever #3

Carlos Teves

  • Penyerang Manchester City,Carlos Teves kini lebih bersemangat untuk meninggalkan kelab itu Januari depan selepas diletakkan di bangku simpanan sewaktu mereka menang 2-0 ke atas Everton.

  • Kelab Itali,Inter Milan terus berniat mendapatkan Teves dan mungkin memulakan proses  mendapatkannya pada Januari depan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas menjual penyerang Diego Milito untuk menampung gaji pemain itu nanti.

  • Pengurus City,Roberto Mancini memberitahu Teves dia masih mempunyai masa depan cerah di kelab itu bermula dengan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.Pergantungan Mario Ballotelli bakal memberi peluang kepada Teves membuktikan kehebatannya.

  • Pengurus MU,Sir Alex Ferguson memantau perkembangan pemain tengah Aston Villa,Barry Bannan dan mungkin berminat untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

    Barry Bannan

  • Tottenham dijangka membayar lebih daripada 15 juta euro(rm73.9 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Athletico Bilbao,Ander Herrera jika mahu terus mendapatkan pemain itu Januari depan.

  • Masa depan Frank Lampard di Chelsea kini samar apabila pemain tengah itu berang dengan tindakan Andre Villas-Boas menggugurkannya untuk perlawanan menentang Swansea di Stamford Bridge,Sabtu lalu.

    Frank Lampard


  • Bekas pertahanan Birmingham,Stuart Parnaby mendakwa Blues membatalkan tawaran untuk mendapatkannya kembali.

  • Arsenal kini berunding untuk mendapatkan pemain tengah Valencia,Daniel Parejo Januari depan selepas perbincangan antara wakil kedua-dua kelab dan ejen pemain itu berlangsung minggu lalu..Pemain berusia 22 tahun itu adalah graduan akademi Real Madrid dan juga pernah menyertai Queens Park Rangers 3 tahun lalu.

  • Penyerang Belanda,Robin van Persie memberi amaran kepada Arsenal,dia belum sedia menandatangani kontrak barunya.

    Robin Van Persie


  • Pasukan Gunners turut dilapor mempertimbangkan untuk membuat bidaan luar biasa bagi mendapatkan penyerang Tottenham,Rafael Van Der Vaart.

1 comment:

Aki said...

ni la kaki bola punya update.. vukan alang2.. ha ha ha.. :-p