09 September 2011

semua kecoh pasal 6%

Assalamualaikum dan selamat malam...

Baru je tadi aku terima mesej di no hotlink aku,
bunyinya seperti ini..

''  RM0.Pelanggan yang dihargai,mulai 15/9/2011,
pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan
akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.
sila layari www.hotlink.com.my  ''

Maaf la operator hotlink...kamu terlewat,
aku dah tahu lebih awal dah...ha.ha.ha

Semenjak awal pagi lagi rakan-rakan kat FB
tu bising dengan kenaikan tarif prepaid
yang diumumkan baru-baru ni..
kecoh pasal reload kena charge
 6% cukai perkhidmatan..




tadi sewaktu lepak dengan member di masjid
sebelum solat jumaat pun cerita yang sama juga..
semuanya berbunyi keluhan....

alahaiiii...

6% pun korang nak kecoh habis ke..
sehingga ada yang naik pening la...
ada yang nak stok topup banyak sebelum 15/9/2011 la..
yang hiper nya pulak ada member yang kata
tak nak guna hp,nak guna walkie talkie
yang tak relevan pun ada
nak gendong public phone kemana~mana saja dia pergi...pergghhh..                                          
terbaikkkk wooo...



kredit untuk bro samizul..
sebab aq cilok pic ni dari blog dia..

korang tak payah kecohla...kalau sekadar 6% tu..
korang makan dekat KFC ada korang  fikirpasal 6% tu???
korang gembira makan di
 PIZZA HUT,SECRET RECIPE,BIG APPLE,Mc DONALD,STARBUCKS OLD TOWN..dll..kamu sedar tak kamu jamah 6% juga..
mesti korang sedar kan..tapi tak juga mengeluh..




maaf gambar tiada kaitan antara isu ini..



emm...kamu perasan tak
rakan-rakan yang ada di sekeliling kamu
 pasti ramai yang menggunakan
lebih dari 1 no telepon kan..
celcom-digi-maxis...
semua nak dikautnya...

tambah lagi u-mobile,indosat,telsat..SESAT..

nampak macam mewah jak kan mereka ni..
guna no sampai 3 bebb....
mengalahkan bussines man
ahli politik pun tak guna banyak tu....
dah mewah sangat,napa nak merungut soal 6% tu..
pelik bin hairan la jawabnya....

Mungkin juga bnyk yang merungut..
sebab kos nak call girl/boy friend dorang meningkat...

alahaiiii..
kalau dah tak tahan tu kumpul duit je la baiii..
naik meminang terus..
pastu tak payah la nak ber call~call lagi..
terus direct to the point jak...ha.,ha.ha...

Lagipun nak risau apa kan..
belia-belia kini lebih cenderung kepada media alternatif
seperti laman sosial..
FB,friendster,tagged,..myspace..
yang terbaru...
GOOGLE +..
(korang dah ada google + ke?..kalau ada add saya ye saveq mm)

so kalau ada nak bercerita,berkongsi sesuatu..
atau meluah perasaann..ataupun mahu BERTOGEH..
senang je tagg rakan~rakan..
pastu komen la sampai tak sedar masa...






bah,macam panjang pulak entri saya ni kali kan..
overdose makan nasi goreng kali aku ni..
ehhehee...

so korang jangan nak ribut sangatla pasal 6% ni..
kan negara kita ni dalam landasan menuju negara maju..
jadi kos sara hidup pun kena meningkat bebbb...
dulu time masih sekolah mak ayah selalu pesan kan..

''nak,belajar rajin-rajin ya,supaya pandai..
jadi nanti besar senang dapat kerja..dapat gaji banyak"

mak ayah pun tahu semakin lama kita hidup,
semakin meningkat perbelanjaan kita...
so korang jangan nak salahkan sesiapa,
(terutama yang sedang menganggur tu)
kalau topup pun tak mampu nak beli lepas ni...

kesimpulannya:syukurla korang masih mampu beli topup lagi
kalau ada syiling lebih time shoping simpan di kereta..
nanti boleh guna beli topup..kalau tak muncung mulut cashier
tu nak cari baki wang korang..ahahhah...






topsecret: konfom isu ni dijadikan mainan politik time
nak kempen untuk PR13 nanti..
    so korangfikir-fikir sendiri la ya....
UNDI ANDA HAK ANDA

6 comments:

N'Craft said...

bagi anak-anak orang kaya maybe hal ni kecik je.bagi orang kurang berada mcm mne? student? *sib baik dah abis bljr*. even nak naikkan cukai pun, nape sampai 6%. sekadar cukai perkhidmatan je, gaji diorg dapat kan? ini topup. itu yang tak paham. kfc, mcd, pizza..diorang ada francais worldwide so make sense ada cukai.
just pendapat saya je..ehee..
so, peace no war ^-^

Unknown said...

rakyat didahulukan~~ hoyeah!!

Unknown said...

*rainyscream*:student pun nak kecoh ke...kan biasanya student yang paling mahir dengan media alternatif ini...
kalau yang kaya ni dah kena 6% lebih awal dah..mereka x guna topup..habis bulan je mak bapak dorang yang bayarkan..tu la x kecoh tu..

cukai perkhidmatan sememangnya 6%..itu dah kira murah berbanding negara lain...

ini bukan sekadar hal gaji ke apa..,tetapi pendapatan negara..bagaimana negara mampu menjana ekonomi ke arah negara maju,,

kita nak service yang baik tapi tak nak bayar lebih..nnti line xbgus kata CELCOM SUCKS la,MAXIS DAMN la,DIGI WTF la...so apa yang kena kita kecoh skrg ialah bagaimana mereka mampu memberikan service yang terbaik..

ala baru 6% pun...bukan banyak sangat pun kalau nak dibandingkan korang beli baju seluar tiap bulan...kihkihkih

Unknown said...

izzar:rakyat yang kaya bertambah kaya dengan cepat...rakyat yang miskin bertambah kaya perlahan~lahan...


itu baru namanya demokrasi terpimpin..wakakakkakakw...

virgo19 said...

aku sokong geng..n aku bsyukur sgt2 yg tax dikenakn tu just 6%...besa beli topup rm 10 so skrg rm10.60 kira affordable mc...compare msia dgn uk, dorg nada tax topup tp every month gaji kena ptng 24%(if x slap..) mcm epf...d denmark, mau beli kreta pun tax 300% (if x slap..)...so sbagai malaysian kn, 6% tax bsyukur n jgnla merungut coz ada lg negara len yg lbh truk...btw tax kta tau duit tu p mn...tp if kenaikan harga brg cnth petrol, ha tu bru la blh mrungut kot...haha pendapat je kot...cheers...XD

p.s percentage tu aku dpt dr kwn2 yg keja d both countries...btul @ x bgtau kio...lol

Gary Asip said...

bahaya jgk tau kalau sampai maw angkut public fon tuh... hahahaha