05 November 2011

Atletico menang besar, Fulham hampir mara





Atletico Madrid memadamkan rekod tanpa kalah Udinese dalam saingan Kumpulan I, Liga Europa selepas mengecewakan pasukan itu 4-0.
Udinese yang tiba di Stadium Vincente Calderon dengan penuh keyakinan dan menyedari sekiranya menang akan membawa mereka dalam kedudukan 32 terbaik.
Namun, impian mereka musnah selepas Atletico mendahului 3 gol di separuh masa pertama apabila Adrian Lopez menjaringkan dua gol sebelum Diego menambah menjaring. Pada separuh masa kedua pula, Falcao Garcia melengkapkan kemenangan Atletico dengan jaringan keempat mereka.
Manakala jurulatih FC Twente, Co Adriaanse menarik nafas lega setelah skuadnya berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila pemain simpanan Leroy Fer menjaringkan gol diminit 82 untuk menumpaskan kelab Denmark, Odense BK 3-2 dalam Kumpulan K.
Kemenangan itu membawa FC Twente mengumpul 10 mata dari empat perlawanan, tiga mata mengatasi saingan terdekat Fulham yang turut menghampiri kelayakan apabila pemainnya Damien Duff, Steve Sidwell dan Andrew Johnson menjamin kemenangan 4-1 keatas Wisla Krakow.
Sementara itu, kelab pendahulu liga Belgium, Anderlecht turut mara ke peringkat seterusnya dengan mengekalkan 100 peratus kemenangan dalam Kumpulan L selepas  menang buat kali keempat ketika menewaskan Sturm Graz 3-0.
Kelab Moscow, Lokomotiv Moskva pula kini berada di tangga kedua dengan 9 mata selepas menewaskan pasukan AEK Athens 3-1 hasil jaringan Denis Glushakov, Maicon dan Vladislav Ignatyev.


FULHAM LOGO

Dalam saingan Kumpulan G, Metalist mengekalkan penguasaannya dengan kemenangan keatas Malmo 3-1. AZ Alkmaar berada ditangga kedua, satu mata mengatasi Austria Vienna selepas mengecewakan pasukan itu  2-0.
Sporting Braga melompat dari tangga ketiga ke kedudukan pertama Kumpulan H selepas menang besar 5-0 keatas Maribor. Lima, Alan, Uwa Echiejile, Paulo Vinicius dan Fran Merida masing-masing menghadiahkan gol.
Dalam keputusan lain menyaksikan Birmingham dan Club Brugge berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 dalam saingan Kumpulan H. Celtic meraih peluang untuk mara ke peringkat seterusnya selepas pemainnya Anthony Stokes menjaringkan gol kemenangan 3-1 keatas Stade Rennes dalam Kumpulan I.
Pendahulu Kumpulan J, Schalke seri tanpa jaringan dengan AEK Larnaca, sementara Steaua Bucharest mara selepas mencatat kemenangan 4-2 keatas Maccabi Haifa.

No comments: