26 November 2011

Sahabat yang baik untuk sahabat yang jahat..

Assalamualaikum..


Salam Tahun Baru.

Tahun Baru ??

Tahun Baru..1 Muharram  1433 H.
InsyaALLAH lusa kita bakal meraikan tahun baru bagi kalendar Islam..
atau yang lebih glamer lagi disebut..
MAAL HIJRAH..
ok pasal hijrah ni insyaAllah aku nak buat satu post yang special la..
sekarang aku nak cerita soal SAHABAT..



Adakah kamu seorang sahabat yang baik?
bagaimana nak tahu kamu adalah seorang kawan yang baik..
jika kamu seorang yang baik,pasti kamu memiliki ramai kawan bukan..
tak kisahla di dunia realiti mahupun di alam maya..
kamu memang seorang yang mudah disenangi,dan mudah didekati..

Dalam ramai-ramai rakan anda itu,tidak semestinya semua baik-baik belaka..
ada perangai yang menjengkelkan,
ada juga yang bersikap kurang ajar..almaklumla dulu budak nakal di sekolah..
ada pula yang sombong bagai ada harta berjuta-juta..
padahal duit PTPTN belum habis bayar lagi..
ada yang bebal,ada yang menyusahkan,ada perompak.
ada yang busuk hati..ada yang ada-ada...
pokoknya macam-macam ada la..

Dulu sewaktu belajar kat sekolah,kamu mesti pernah dengar dari
guru kamu ungkapan seperti ini..



''Hati-hati bila memilih rakan..Jangan salah pilih kelak merana diri"
(ataupun ayat yang sewaktu dengannya..haha..lain negeri lain juga bahasanya kan)









Sewaktu remaja(zaman persekolahan)..
Guru dan mak bapa menggalakkan untuk menjauhi mereka yang jahat..
(Korang faham juga kan maksud jahat ni)
Kerana masa remaja lah kita mudah terpengaruh dengan rakan sebaya..
Merokok,lompat pagar sekolah,melawan guru,kurang berdisiplin...
kata orang Tawau ''perangai macam setan''..
hahaha..


Tapi sedarkah kita,sebenarnya mereka tak la sejahat yang kita sangkakan..
Walaupun kita tak berkawan dengan mereka,ada sesetengah perkara yang
dahulunya kita anggap jahat kita sendiri lakukan bila dewasa..
contohnya merokok..pastinya cikgu di sekolah melarang kita untuk merokok..
(namun terjumpa juga guru lelaki yang merokok..memang cakap x serupa bikin la)
tapi selepas tamat sekolah,sehari sebungkus kotak rokok dihisap...
di sekolah dilarang bergaduh dan memaki..
namun selepas dewasa..
siapa-siapa yang tidak memuaskan hati pasti kena bedal..
kena maki free paling minima..
padahal di sekolah kita diajar untuk bersopan santun dan berbudi bahasa..

Jadi dimana relevannya untuk kita menjauhi mereka yang jahat...
Bukankah kita tercipta untuk saling melengkapi..
Lelaki untuk wanita..miskin dan kaya..sihat dan sakit...
dan yang jahat untuk yang baik..
jika yang jahat untuk yang jahat..maka hancurlah dunia..
jenayah kecil menjadi jenayah besar..
perang kecil menjadi perang besar..

Namun tak semestinya mereka yang jahat ni akan jahat selamanya..
selalu aku terserempak dengan mereka yang suatu ketika dahulu
aku labelkan sebagai 'penjenayah sekolah'
dan aku lihat mereka dah berubah..ok je pun..tak la sedajal masa sekolah tu hari..
peramah dan banyak cerita lagi..
mungkin mereka dah tahu menilai sendiri..mana baik dan mana buruk..
atau mungkin juga mereka bersahabat dengan mereka yang baik..





So tak semestinya rakan yang baik itu untuk mereka yang baik sahaja..
yang baik ini diperlukan untuk mengimbangi yang jahat..
jika bukan mereka yang baik menyedarkan yang jahat..siapa lagi kan..

(aku rasa aku dah mula merepek ni..hahaha)..

Semua yang kita lakukan di dunia ni..kita sendiri yang tentukan..
dari kita je semua tu..
kalau ada sahabat yang berbuat jahat..korang nasihatkan la..
adalah tugas sesama insan untuk saling nasihat menasihati
antara satu sama yang lain..
kalau bukan kita,nak harap siapa lagi kan..
takkan nak harap monyet di zoo sana..hihi..
tak perlu juga nak jadi ustadz untuk memberi nasihat..
saling memperingati tu kan tanggungjawab sahabat..
terpulang ja la dengan sahabat tu..
sebab biasanya manusia ni 

semakin besar EGOnya apabila sudah ditegur..
dan juga semakin degil..
itula realitinya...





Nota rahsia; Tak kenal maka tak cinta...
luar nampak suci,rupanya perangai 

wallauallam..
peace!


3 comments:

JR said...

Berkawan biar seribu tapi hati tetap satu. Yg menentukan sesuatu ialah hati sendiri, kawan boleh mempengaruhi tapi mereka tak boleh memaksa kita buat keputusan...

Entri terbaru di blog JR:

"Tips Kurus: Langsing, Hensem dan Lawa Hanya Dengan Sebatang Garpu"

sharul izam said...

pengaruh rakan sebaya sanagt besar..
kadang-kadang dapat kawan yang tak semengah tapi kener pandai jaga diri ar..:)

aemynadira said...

salam maal hijrah!!!
bg sy sahabat yg paling best ialah sahabat yg kita kenal masa skolah menengah...sbb smpai skrg, kami masih rapat & masih kongsi2 cerita wlupun b'jauhan :)