Memakai rambut palsu hukumnya haram,akan
tetapi terdapat segelintir masyarakat seperti yang berkerja sebagai pramugari
ataupun model tidak mengizinkan mereka untuk menggunakan hijab.Maka alternatif
terbaik untuk menggantikan hijab adalah dengan memakai rambut palsu bagi niat
untuk menutup rambut asli mereka.
Persoalannya adakah pemakaian rambut palsu
dalam konteks ini masih lagi HARAM?
Memakai rambut palsu dengan niat menutup
rambut asli bukanlah menutup aurat tetapi hanya menyembunyikan rambut asli
saja.Menutup aurat mempunyai makna yang jauh daripada sekadar menutup rambut.
Ia bererti menutup bahagian yang diwajibkan
iaitu rambut dan semua anggota tidak boleh didedahkan kecuali muka,tangan dan
kaki sahaja.Ia juga perlu diikuti dengan akhlak yang baik sehingga pakaian
menjadi imej wanita Islam yakni disebut dalam Al-Quran,pakaian takwa.Jika
sekadar menutup anggota sahaja tetapi tidak diikut dengan akhlak Islam,ia juga
belum menepati pakaian takwa
-diolah pengarang dari ruangan Anda Musykil Dr
Masyitah Jawab(Metro Ahad)
Mr.Sasube:Ramai yang memakai hijab dewasa
ini,namun masih kelihatan lengan tangan,yang terang nyata lagi SAH sebagai
sebahagian aurat wanita yang perlu ditutup!
5 comments:
Assalamualaikum,
saya ada soalan berkenaan hukum memakai rambut palsu bagi Cosplayer (peniruan watak Anime dengan memakai costume & rambut menyerupai watak tersebut).
Saya hanya ingin tahu berkenaan ini oleh kerana salah seorang rakan Muslim saya adalah cosplayer dan dia mengatakan tidak haram kena tidak menggunakan rambut manusia yg sebenar.
Apakah pendapat anda?
Waalaikumsalam..terima kasih terlebih dahulu kerana sudi membaca entri di laman blog saya
Pada pandangan saya,jatuhnya hukum memakai rambut palsu adalah terletak pada tujuan dan niat kita untuk memakainya..
dalam konteks Cosplayer,perlu kita pertimbangkan adakah rakan anda itu mengenakan rambut palsu hanya pada ketika menjadi cosplayer,ataupun berlarutan sehingga hari2 biasa..jika hanya sekadar meniru watak anime untuk seketika,adalah dibolehkan namun perlu dititikberatkan soal aurat yang lain juga,seperti bahagian leher yang bakal terdedah...
perlu dipertimbangkan juga bagaimana peranan watak itu dalam sesebuah anime..kerana terdapat watak anime yang merujuk kepada sifat dewa-dewi,maka ia tidak wajar untuk ditiru kerana boleh mendatangkan murtad..wallahualam
Saya ingin menegur, kaki juga aurat.
Sy nk tanya ~
Kalau saya memakai rambut palsu kerana pekerjaan itu ~tidak mengapakah?? Walaupun sy ttp leher?? Hrp bole jwb 😁
Saya nk tanya
Bole ke sy pakai rambut palsu kerana pekerjaan itu?? Walaupun sy ttp leher?? Hrp bole dijwb ~:)
Post a Comment