19 October 2011

Thanks Shikin Sayang!

Assalamualaikum ,salam muhibbah..

Petang Khamis 13 Oktober 2011 lalu aku dikejutkan dengan
satu bungkusan misteri..berbalut pembungkus warna putih dan mempunyai 2 setem..
Berfikir sejenak dalam kepala hotak,ada ke
aku buat pembelian online ni..emm rasanya belum lagi coz
baju jersi sama baju WSB yang aku tempah tu belum aku bayar lagi..hihi..
lalu tanpa berlengah aku membaca siapakah gerangan pengirim yang baik hati itu.



Alahai,hadiah giveaway 4by4 Kak Shikin Sayang dah sampai la..
Emm akhirnya hajat kak Syikin untuk memberikan hadiah kepada peserta-peserta
Giveaway 4by4 tercapai jua..
Peserta???
Ehehehe..aku sebenarnya bukan peserta dalam contest Giveaway 4by4 pun,
sebab time aku mau join ni contest tarikh akhir dah sampai..
so aku komen je la di entri contest tu..
Last-last kak Syikin kata aku bertuah dapat hadiah..
hehe..terharu jugak la..
aku komen je pun dapat jugak..
thanks la kak Shikin..

Okey kalau korang nak tahu apa hadiah Kak Shikin send dengan aku..
ni dia..taraaaaaaa.....



Kak Shikin send dengan aku,public phone dengan polis london serta awek omputih dari london..coollll kan..ahaks..


Banyak la ko punya public phone..ahahha..ingat kapal terbang tu
free of charge ke..Kak Shikin bagi aku AHMAD TEA..
Made in London,UK..wOw jauh tu...
Korang nak tahu..AHMAD TEA ni jenama terkenal kat Europe tau..
Bagai mana aku boleh tahu..
coz aku pernah kerja supermarket suatu ketika dahulu..
yang banyak menjual barangan import..




Tapi AHMAD TEA jenis ni tak pernah pula aku nampak sepanjang
4 tahun aku kerja sana...sebab yang ini special..
The Britannia Collection.ahaks..
sah dijamin mahal harganya ni kan Kak Shikin..
sebab yang biasa-biasa pun dah dalam RM30..
apalagi kalau dah collection ni..hihi..


Emm korang tenguk sendiri la ye..ada 3 jenis teh semuanya..
Macam tahu-tahu pulak Kak Shikin ni aku suka minum teh...
banyak khasiat teh ni berbanding coffee..
seperti dapat mengawal minda dan perasaan..

Apapun terima kasih tak terhingga kepada Kak Shikin coz bagi hadiah ni
even aku tak join pun contest dia..
Kak Shikin memang pemurah dan baik hati..moga Allah s.w.t
mengurniakan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah 
ke atas Kak Syikin sekeluarga..


....Amin....
Jom terjah blog Kak Shikin..
Banyak ilmu yang beliau garap sebagai panduan bersama..

::: Kak Shikin Sayang Blogs's :::

Nota Rahsia:


1st time dapat hadiah daripada blogger..
kihkih..memang happy sangat la..
tak sia-sia juga aku aktif blogging ni..
daripada duduk depan lappy hadap fb je sampai mata kuyu..
yang dapat hanya ''nestum'' bertompok dekat tepi mata..ahahha..
semakin berkobar-kobar pulak semangat untuk aku terus berbloging ni.eheh..
Entah Gary dapat apa??..coz dia pun ikut sekali..ahaks..

2 comments:

bondasayang said...

Terima kasih....kerana buat entryu khas utk kak Shikin...Tentang Gary tengah cari address dia sbb hilang in mission...kesian dia belum terima hadiah dia..hehehe

mazeermohamad said...

bha, jadiii?? mai secawan! mwakakakaka!