07 October 2012

Rahsia Besar Tn.Dr Mahathir Di Era Pemerintahannya.


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'




Namun,sepanjang tempoh pemerintahan beliau,ramai yang tidak mengetahui perjuangan membantu rakyat Islam di seluruh dunia,terutama sekali ketika krisis Bosnia..Jom baca rahsia yang mungkin belum atau sudah anda ketahui mengenai Tun.Dr Mahathir dibawah:

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini
 tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Ada juga yang menyatakan,beliau yang keras menolak pelaksanaan hukum hudud telah keluar dari Islam..Secara jelasnya,untuk melaksanakan hukum Islam di negara yang majmuk budaya,adat dan agamanya,bukanlah sesuatu yang mudah...silap perhitungan mungkin boleh menyebabkan huru-hara berlaku,paling serius isu perkauman dan keagamaan yang mampu menghancurkan sesebuah negara jika ia berlaku...

Namun pelaksanaan hukum hudud tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil,cuma memerlukan perincian,kerjasama semua pihak yang berkepentingan...Perlu difikirkan,di Malaysia ini,kuasa ekonomi dipegang oleh masyarakat Cina...sepertimana pertumbuhan  ekonomi kita bergantung kepada ekonomi global Eropah-Amerika,begitu jugalah kebergantungan sebahagian rakyat terhadap mereka..

Apa yang jelas,mengubah sesuatu kelaziman itu bukan semudah yang disangka..apatahlagi melibatkan perlembagaan negara yang telah dipersetujui semenjak kemerdekaan lagi.Sejak laungan kemerdekaan itu bergema,sejak itulah isu perlembagaan negara menjadi asas dan perkara yang paling sensitif untuk disentuh oleh setiap rakyat...Sekian...Wasalam..


lagi cerita menarik disini: tempat ideal buat pasangan bermadu asmara?

4 comments:

Anonymous said...

Betul sangat ke tu..?

Anonymous said...

ceh..firaun pun boleh dikatakan baik sebab dia pernah bela nabi musa..tapi bile firaun tentang nabi Allah dan kekuasaan Allah, title baik dah takder dah...title celaka lebih sesuai untuk firaun..sama sama kiter renungkan..jgn terlampau takjub bro..kite dikurniakan Qur'an dan hadis sebagai pegangan..kalu pemimpin dah lari dari 2 perkara tu, wajib kite tentang..

Nie Feng Malaysia said...

ceh..org buat baik mana kita nampak.. yg nampak jahatnya sahaja.. tu pun drp mulut org jeerrrrr

p/s: org sebelah rumah tolong halau kucing buat taik atas kete kita pun kita tak tau.. inikan PM

Anonymous said...

ko klu setakat lima waktu solat pun kt rumah, tahjud pun xbangun...xyah nak labelkan org mcm mcm.. tu pegi la join IS tu.. sembang mcm taik...