24 November 2011

Kasihan Yuna,Lagu Penakut Bukanlah Lagu Terbaik AIM 18..






Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18), hari ini mengumumkan lagu Sedetik Lebih ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Anuar Zain merupakan Lagu Terbaik AIM 18.

Pengiktirafan tersebut sekali gus membetulkan keputusan AIM 18 yang lalu di mana pemenangnya diberikan kepada lagu Penakut ciptaan dan nyanyian Yuna.


Pemenang kategori Lagu Terbaik sepatutnya dipilih daripada pemenang daripada genre yang dipertandingankan.AIM 18 mempunyai dua set penjurian. Satu penjurian untuk menentukan lagu-lagu terbaik bagi setiap kategori dan satu lagi untuk menentukan Lagu Terbaik. Kesilapan di sini berlaku apabila pihak juruaudit terlepas pandang dengan mengiktiraf lagu Penakut sebagai pemenang lagu Terbaik kerana lagu itu telah pun mendapat markah yang paling tinggi untuk kategori Lagu Terbaik.

Namun lagu itu telah pun tewas pada kategori Lagu Pop Terbaik, jadi sekaligus lagu tersebut tidak boleh diangkat sebagai Lagu Terbaik kerana tidak menepati kriteria yang ditetapkan.Tidak mahu menyalahkan serta mengambil tindakan terhadap pihak juruaudit yang dilantik,pihak AIM 18  mengakui kesilapan tersebut serta memperbetulkannya lebih baik bagi menjaga kredibiliti dan nama baik majlis anugerah berprestij berkenaan.

Pada AIM 18 yang lalu, kemenangan Lagu Terbaik, Penakut nyanyian Yuna dipertikaikan oleh ramai pihak disebabkan lagu tersebut telah pun kalah kepada lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain dalam kategori Lagu Pop Terbaik.


Ini kerana selalunya sesuatu anugerah, lagu yang menang dalam kategori muzik/genre tertentu akan menjadi juara untuk kategori utama iaitu Lagu Terbaik. Kemenangan Yuna tempoh hari sememangnya tidak dapat diterima akal.



RESPON YUNA

"Saya menerima keputusan juri AIM18 ini dengan hati terbuka, kerana perkara ini merupakan sesuatu yang besar dan harus diperbaiki demi menjaga nama semua pihak. Semasa saya menangpun saya sendiri keliru namun menerimanya dengan hati terbuka juga setelah menerima penjelasan daripada pihak penganjur AIM18.


"Kini setelah mereka memberitahu berlaku kesilapan dan harus diperbetulkan, bagi saya itu merupakan satu perkara yang sewajarnya dilakukan," kata Yuna mengulas mengenai keputusan menarik balik kemenangan lagu Penakut ciptaan dan nyanyiannya sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang lalu.


"Saya tidak boleh cakap kerana saya baru maka isu kemenangan saya dipertikaikan. Malah mereka juga boleh menarik semula kerana saya masih baru dalam industri ini. Itu semua tak masuk akal. Semua yang berlaku ada hikmahnya dan saya menerima dengan redha. Cuma saya harap selepas ini kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana ia melibatkan banyak pihak,"jelasnya


Tidak serik untuk bertanding lagi di AIM, bagi Yuna kejadian tersebut membuka mata semua yang terlibat dan merupakan satu pengajaran berguna.


"Sebagai seorang pemuzik, saya tidak seharusnya serik. Saya juga tidak terasa dengan apa yang berlaku. Apa yang penting, saya akan terus berkarya untuk mengangkat muzik saya ke mata dunia,"ucapnya lagi.


Meskipun kemenangan ditarik balik, namun Yuna bersyukur dan gembira kerana lagu Penakut mendapat markah tertinggi bagi set penjurian Lagu Terbaik.


"Apabila untuk kategori Lagu Terbaik mereka meletakkan lagu Penakut dengan 20 buah lagu lain dan mendapat markah tertinggi, itu sudah menggembirakan saya. Sekurang-kurangnya dalam set penjurian itu saya dipilih sebagai yang terbaik. Apa pun yang berlaku tidak akan nmematahkan semangat saya," jelasnya.



RESPON ANUAR ZAIN


"Saya akui perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan saya. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Saya sendiri berfikir, bagaimana mahu berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai bila diberi tahu dengan berita ini. Kerana dalam hal ini, kami berdua menjadi mangsa keadaan.


"Bagi saya kalau perkara ini hanya diam-diam sahaja pun tidak mengapa dan anugerah ini tidak perlu diberikan semula kepada saya dan Edry. Berat untuk saya menerima perkara ini, kerana saya juga memahami perasaan Yuna dan menghormati dirinya.
"Namun kerana menghormati pihak penganjur yang mengakui kesilapan mereka lalu, jadi saya menerimanya," katanya ketika ditemui ketika majlis sidang media bagi membetulkan keputusan Lagu Terbaik AIM18, di sini petang tadi.


Mengharapkan apa yang berlaku tidak akan berulang lagi, kata Anuar Zain, perkara tersebut pastinya mencatatkan sebuah sejarah tersendiri bagi majlis anugerah yang diiktiraf ramai itu.


"Perkara ini satu sejarah buat AIM dan akan dikenang untuk selama-lamanya. Saya sendiri tercatat dalam sejarah ini dan saya juga tidak mahu ia berlaku.
"Saya juga mahu menegaskan di sini, baik saya mahupun Edry, kami sama sekali tidak pernah berjumpa sesiapa untuk mempertikaikan mengenai isu tersebut," katanya


Tidak mengerti mengapa set penjurian dibahagikan kepada dua, jelas pelantun lagu Lelaki Ini, seharusnya pihak penganjur selepas ini hanya menyediakan satu set penjurian sahaja.



Nota:Esok ( 25 November 2011) satu sidang media akan diadakan bagi memulangkan semula trofi kemenangan tersebut kepada pemenang yang sewajarnya

1 comment:

aemynadira said...

lagu yuna x patut menang, tp kesalahan mcm ni x patut berlaku...kan?