Assalamualaikum...
Boommmm..bannggggg..meriahnya suasana kampung dengan lagaan bunyi mercun yang dibawakan khas
oleh jiwa remaja anak~anak kampung..
mak kakak mereka sibuk membakar kuih kat dapur,
mereka pulak sibuk bakar mercun dan karbit..
tapi budak sekarang takkan mampu mencabar kewibawaan otai~otai dahulu dalam soal mercun~karbit ni..
Masih ingat lagi dulu aku masih budak ..
(kalau pegi sekolah hidung masih meleleh keluar lagi cendol
hingus yang akan membuatkan budak perempuan jatuh hati kat kita..hihi..)
hah time tu otai-otai ni mana main mercun mancis..
mereka guna meriam buluh bah..
memang konfom tak takut mati..
istilah jangan bermain mercun tu ibarat angin lalu sepoi~sepoi bahasa je..
kalau main mercun pun paling rendah tarafnya ialah mercun bola..mercun mancis mana wujud dulu~dulu..
tiada kaki kata orang tawau...
Tapi budak sekarang baru main karbit bunyi macam kentut orang kurus kedempeng ada hati nak takbur..
Sekali mak korang teriak dah belarian bagai dikejar mak lampir yang dahagakan kasih sayang..apa kaki..
tapi takpala..itu kisah budak sekarang..
aku main mercun??..
kalau mercun mancis tu kirim salam sak la..
paling rendah pun aku nak main crazy bang..
baru mantoopp..
biar pecah di perut,jangan pecah di telinga..
Sudah dengan cerita mercun,
bukan itu sebenarnya aku nak cerita..mukadimah je tu..
Malam 24 ramadhan ni aku nak cerita pasal merdeka..
Merdeka kali ini terasa macam tak syok pulak kan..
tenggelam dengan aura hari raya aidilfitri yang insyaALLAH disambut sehari awal dari tarikh keramat 31 ogos..
jarang orang bualkan pasal merdeka ni..
semua sibuk dengan puasa dan hari raya..
Namun pujian harus diberikan,kepada rakyat Malaysia,
walau dalam kesibukan berpuasa dan persediaan menghadapi hari lebaran,mereka tidak lupa juga untuk mengibarkan jalur gemilang,dirumah,di premis perniagaan,mahupun di kenderaan masing-masing..
inilah namanya anak jati Malaysia
Apa yang lebih menakjubkan,ada pula yang sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit,
untuk mendekorasi kenderaan sendiri,hanya kerana sambutan merdeka nanti...
kereta penuh dengan gambar jalur gemilang..
tak dilupa juga gambar mantan PM kira..
berbaris la wajah 5 tokoh terhormat..
ditambah lagi dengan wajah Datuk Seri Najib..
makin berseri~seri la ye kereta tu..
Tak kurang hebatnya dengan penunggang motorsikal..
depan belakang penuh dengan bendera..siap helmet di spray dengan warna jalur gemilang..terbaikk..
tu baharu awal musim merdeka..kalau dah 31 ogos nanti silap~silap muka kena cat logo bendera Malaysia juga..
..........ALA,JANGAN NAK PATRIOTIK SANGAT LA..........
Memang tak dinafikan semangat patriotisme sangat dituntut dalam setiap sanubari rakyat..
kerana kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya adalah bermula dari penerapan semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara..
apatahlagi negara sekarang dalam jam terakhir menuju ke arah Wawasan 2020..
namun janganla sehingga menghabiskan wang ringgit hanya untuk menunjukkan perasaan cinta kita...
Yang menghias kereta tu,patriotik sangat ke??
kereta lawa,bendera dari depan sampai belakang..
tapi malam lepak ngan kawan~kawan pasang sound besar tahap mega..
and then kalau bosan terus lumba haram kat highway..
itu ke namanya patriotik??
nampak pejalan kaki melintas jalan,tua mahupun muda,
tetap jadi bahan kena hon..siap kena maki free lagi..
patriotik ke tu??
lihat budak nakal buat vandalisme,samseng jalanan..ala bukan masalah gua juga..apa nak peduli..
patriotik ke tu??
steady jak nenek ni...topsecret betul...
nenek ni kununnya mau pi sungkai sama cucunya..
Penunggang motorsikal pula..megah dengan benderanya..semakin laju dia bawa,semakin gah kibaran benderanya..jadinya,merempit tengah highway..
patriotik ke tu??
ada pula sebahagian,melepak rumah rakan layan barang haram sejam dua..
dah naik kick baru sambung rempit balik...
ada pulak bawa perempuan naik hotel,tak pun projek anak orang beramai-ramai kat semak ke ladang ke..
patriotik ke tu??
Sebenarnya tak perlu la nak show off sangat dengan bendera~bendera ni sekadar nak orang kata,,
‘’wow,budak ni patriotik sangat le’’..
bendera banyak ni ada bawa implikasi positif kepada negara ke??..ya mungkin juga menguntungkan pengusaha yang terbabit...tapi kesan kepada nilai masyarakat..nampak jelas ke??
Ni belum lagi masuk isu agama yang dewasa ini cuba diperkotak katikkan..tapi aku tak nak sentuh la isu ini..yang pasti Islam secara tersembunyi cuba diperlekehkan di negara yang mengiktiraf sebagai agama rasmi.lebih mengecewakan,ada segelintir masyarakat Islam menegah apabila kebenaran perlu ditegakkan..Wahai pemimpin Islam,bangun dari tidur dan buka lah mata...
Kesan semangat patriotisme ini hanya membuahkan hasil jika setiap jiwa raga rakyat diisi dengan kesedaran dan ilmu..
Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan,keberanian,rela berkorban,kesukarelaan,cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik lagi bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Zaman telah berubah.kini konsep patriotisme bukan sekadar terikat dengan perjuangan mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah luar..tetapi juga terhadap sikap parasit penjajah domestik yang bakal menghancurkan negara suatu hari nanti,jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin..
Bilangan bendera bukanla suatu yang perlu dibanggakan..tetapi semangat cintakan agama,bangsa dan negara yang perlu dibuktikan bagi melahirkan sebuah negara yang berdaulat di mata dunia...
SELAMAT HARI MERDEKA KE 54
topsecret:maaf kalau ada terasa..ni adalah 100 % dari pengalaman pemilik blog...