29 August 2011

Sepah Maharaja Lawak Berpecah

 Akhirnya berpisah jua....
Sepah,yang baharu sahaja mengungguli Maharaja Lawak
telah sah berpecah..menurut sumber mynewshub.com..



sepah yang kini bersepah

Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.

Selepas kemenangan pada Raja Lawak 2009 semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.





Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.
Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada 
kewujudan kumpulan itu.


“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.

Situasi ini merupakan kerugian yang besar kepada 
industri hiburan negara kerana kehilangan
kumpulan pelawak yang mampu memberikan 
idea~idea yang segar bagi
mengembalikan selera penonton untuk

kembali menyokong industri hiburan khususnya
dalam bidang perfileman negara..



Namun tak bermakna berpecah hilang selamanya..
diharap mereka sentiasa teguh untuk menyokong

industri ini walaupun tidak sehaluan..

topsecret:masih segar dalam kepala ni persembahan
mereka pada final Maharaja Lawak
dahulu...



kalau nak nonton sambungan pi youtube je la ye..
gampang dicari....

2 comments:

Anonymous said...

alala..syangnya...

hazz death said...

xmnat.. tp sure, sygnya pla...huhu selamat raya bro