15 December 2011

Gambar Asap yang Pelik !




Cuba lihat gambar asap di atas..Nampak normal sahaja bukan..
Kalau korang berdiri dekat asap tu,konfom korang kena penyakit batuk..
aku nak kongsi sikit ni..
gambar asap yang pelik..tak pernah la dalam seumur hidup aku,
nampak asap secomel ini,even aku ni paling suka buat pembakaran terbuka..ahakss

Korang zoom in gambar di bawah ni..apa yang korang dapat perhatikan??





HANTUUUUUUU!!!!!!!

Mana ada hantu genk dalam dunia ni..
cuma syaitan dan iblis ja beserta makhlus halus yang tidak mampu dilihat
oleh deria penglihatan kita,kecuali bagi insan tertentu..
Pelik bukan asap itu menyerupai wajah manusia..
emmm..sebelum korang klik butang X tu,
jom baca dulu asal usul gambar ni..


SUMBER: HARIAN METRO ONLINE
LANGGAR – Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya


1 comment:

JR said...

Gambar asap menyerupai manusia tak begitu menggerunkan, tapi jika gambar manusia yang menyerupai asap memang menggerunkan!!!

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Gambar2 Gadis Dibogel Orang Ramai Kerana Mencuri"