Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.
Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.
“Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.
“Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.
Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.
“Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.
“Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.
Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.
“Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.
Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.
“Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak,” ujarnya.
mStar
Nota Rahsia: Agak-agak juga la Chef..biasa la tu kalau mengkritik,pasti ada yang tidak puas hati..apa lagi bila kritikan itu ditujukan kepada golongan yang senior..sudah namanya tugas..tugas itu adalah amanah...lantakla mereka nak kata apa..suka hati Chef la nak kritik apa kan..
Lucu pulak kalau ''otai'' lawak ni yang dahulunya juga mengkritik orang lain,namun tidak boleh menerima kritikan orang lain...fuhhhhh...
Nota Rahsia: Agak-agak juga la Chef..biasa la tu kalau mengkritik,pasti ada yang tidak puas hati..apa lagi bila kritikan itu ditujukan kepada golongan yang senior..sudah namanya tugas..tugas itu adalah amanah...lantakla mereka nak kata apa..suka hati Chef la nak kritik apa kan..
Lucu pulak kalau ''otai'' lawak ni yang dahulunya juga mengkritik orang lain,namun tidak boleh menerima kritikan orang lain...fuhhhhh...
1 comment:
betul ka dia mw ttup acc fb tu..mc lg aq tgk dia post2..
Post a Comment