16 January 2012

Nasihat Hakim buat Siswa dan Siswi



sekadar gambar hiasan
''Awak malang kerana menyalahgunakan tanggungjawab dan kepercayaan ibu-bapa dengan melakukan perkara tidak bermoral.Mungkin awak anggap biasa,apabila 2 kali ditangkap.''


''Saya tegaskan kesalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana banyak kes membabitkan pelajar ditangkap melakukan maksiat,namun kamu tidak ambil iktibar.Kamu jadi anak yang tidak kenang budi ibu bapa.''


Itu adalah pesan yang diberikan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir ketika menjatuhkan hukuman kepada seorang pelajar wanita sebuah universiti tempatan,Iranazira Yaacob,20 tahun,selepas tertuduh mengaku salah terhadap 2 tuduhan mengikut Seksyen 53,Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka(EKSNM)1991 iaitu berkesediaman atau berkurung dengan lelaki bukan mahram hingga mendatangkan syak melakukan maksiat.

kata Mohd Asri lagi,Iraniza nyata tidak insaf apabila mengulangi kesalahan selepas ditangkap berkurung dengan 4 lelaki di sebuah hotel tahun lalu dan mencipta rekod sebagai pasangan pertama tahun ini didakwa kerana kesalahan jenayah syariah.



Iraniza didenda RM3800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka selepas mengaku bersalah terhadap 2 tuduhan termasuk berkurung dengan 4 lelaki di sebuah hotel murah di pusat bandar ini pada Februari 2011.

Mohd Asri menjatuhkan denda RM2300 atau penjara 4 bulan jika gagal membayar denda terhadap Iraniza bagi kes pertama dan RM1500 atau penjara 5 bulan bagi kes kedua.Pasangannya dalam kes kedua,Mohd Fazley pula didenda RM2400 atau penjara 5 bulan jika gagal membayar denda.

Mereka turut dinasihati supaya bijak memikirkan baik dan buruk tindakannya memandangkan mereka adalah penuntut universiti..





#Alahai,sekadar denda duit dan penjara beberapa bulan ja,boleh ke insafkan MAHASISWA DAN MAHASISWI yang sudah matang dan pandai berfikir ni..Mereka kan golongan terpelajar,belajar tinggi belanja ribu riban untuk segulung ijazah..

kan bagus jika ada undang-undang Islam di gunapakai dalam Mahkamah Syariah,kerana fungsi Mahkamah Syariah itu juga untuk menegakkan halal haram dalam agama Islam..



Mengikut hukum agama Allah s.w.t yang difirmankan dalam surah An-Nur Ayat 2 bermaksud:


''Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat:dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah,jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat;dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"

So muhasabah diri apa guna nama Mahkamah Syariah(Islam) tapi tak menjalankan hukum Allah...Wallahualam....



No comments: