07 January 2012

Pengajaran daripada Kontroversi Gambar Amalina

Assalamualaikum,salam muhibbah


Amacam isu Amalina ni..tadi aku ada terbaca di akhbar Harian Metro tentang mak Amalina ni bising-bising cerita pasal akaun FB Amalina yang palsu tu..haha..ala,yang aku cerita dekat post aku yang terdahulu tu..kalau nak baca tekan link ni: <<Akaun FB Palsu Amalina>>


Ramai sangat yang percaya akaun FB tu milik Amalina yang sebenar..kesian korang ya..sebab belum keluar paper lagi isu Amalina tu,dia dah kelam kabut tutup FB dia..so yang korang add tu hanyalah ''mereka yang bermimpi sampai ke bintang'' nak jadi Amalina..ni mesti kes korang main add je kan..kan lebih baik jika korang baca dulu informasi tentang dia..dah terang-terang dia letak sana ''FAKE ACCOUNT''..tu la baca dan selidik dengan teliti,sebelum bertindak..kahkahkah...





So kepada mak Amalina,dia dah terang kata sana FAKE ACCOUNT,so janganlah melenting sangat..kesian makcik,kerana anak seorang penat nak fikir bagaimana nak cover kontroversi yang bagai ribut melanda ni..

Okay berbalik kepada tajuk post ni,korang dah dapat ke pengajaran daripada kes Amalina ni..kalau otak korang belum dapat tangkap lagi pengajaran dari kontroversi ni,jom baca yang aku taip ni:

1. Sebagai seorang Islam wajib menutup AURAT!
-Sebagai insan beragama ISLAM,yang wajib korang lakukan adalah mematuhi perintah ALLAH s.w.t,apatah lagi kalau korang dah terkenal serata negara..denagn menutup aurat.,Bukan sahaja mampu menambah seri muka apabila bertudung,namun diyakini dapat mencegah dari fitnah dan diaibkan oleh orang lain..
dengan jelas Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzaab ayat ke 59 yang bermaksud:

Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani..

makanya jika hendak mengelakkan salah anggapan orang lain,lebih baik tutup aurat..malu la jika orang lihat seorang TOKOH MAAL HIJRAH berpakaian seksi tidak memakai tudung,berpelukan dengan lelaki bukan muhrim..aduii binasa Agama Islam oii...

2. Jangan memuatnaik gambar berunsur peribadi dalam laman sosial..
Kalau boleh muslimah janganla upload gambar korang yang seksi meksi tu kat dalam fb,google +,blog sebab dah namanya laman sosial..so semuanya pun jadi sosial la even korang dah kunci jadi private pun..laman sosial ni bukan kita yang punya oii..kita sebagai pengguna FREE sahaja..so jangan bising kalau privacy korang kena cabul..kalau Mark Zingeburger tu nak ambil semua data korang,dia ada hak sebab fb tu hak milik dia..haha..so korang jangan nak melenting kalau gambar HOT korang tu tersebar luas...


3. Memperlihatkan sikap ambil berat rakyat MALAYSIA..
 
Sebenarnya yang mengaibkan si Amalina ni hanya sebuah blog tu,yang memfitnah mengatakan Amalina terkena kejutan budaya,gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke Malaysia..Okey kenapa isu ni sensasi sangat sebab rakyat Malaysia ni prihatin..kerana Amalina  ni pelajar terbaik SPM 2004,pastu kalau tak silap pelajar Melayu pertama yang dapat 17A1.,so siapa yang tak nak tahu kisah hidupnya kan..

Apatahlagi jika mak bapak yang dahulunya menyuruh anak mereka mencontohi Amalina,pasti terkejut beruk melihat gambar-gambar kontroversi Amalina tu..sebab dalam  minda beliau-beliau ni Amalina adalah seorang yang bertudung,bersopan santun,dan berpegang pada agama..Tapi tiba-tiba nampak dia berpelukan dengan lelaki,so tidak manis la pada pandangan mereka..


4. Amalina dapat nasihat dan doa-doa yang lebih berguna..
Melihat gambar-gambar Amalina,mungkin ramai yang mencemuh,namun aku pasti lagi ramai yang mendoakan agar Amalina cepat sedar akan kesilapan,dan berjaya dalam hidup..
so kan untung Amalina dapat doa yang baik dari mereka semua...yang mencemuh,memang hak mereka la,sebab dalam akal dorang melihat ''anak kampung'' dalam diri Amalina..

Cukupla dengan pengajaran tu..jangan nak melebih-lebih pulak...

Cuma aq terkilan la,dengan kata-kata Amalina ni yang ku baca dari Harian Metro edisi Khamis 5 Januari 2012 yang mengatakan

''Sebagai umat Islam,saya tetap solat 5 waktu dan setiap malam Jumaat,saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup"..

Emm kalau begitu,pasti Amalina tahu juga kan hukumnya dalam Islam jika tidak menutup aurat..apalagi jika mewarnakan rambut serta berpelukan bersama lelaki yang bukan muhrim..

Ada sebuah hadis,aku lupa ingat sudah,yang menyatakan bahawa,jika seseorang Muslim yang mengerjakan solat 5 waktu,namun masih ingkar dengan perintah Allah s.w.t,maka solatnya itu belum sempurna lagi..
So Amalina sebagai seorang muslim,saya menasihati agar Amalina dapat muhasabah diri,sentiasa ingat akan halal haram,sebab Amalina sendiri sudah tegaskan bahawa Amalina tetap Melayu Islam,so jaga baik-baik maruah ''Melayu Islam'' tu dinegara orang..kan elok jika bertudung,dan memakai pakaian yang longgar sikit..boleh juga omputeh tu bezakan antara ''Melayu Islam'' dengan ''Orang Barat''.
Tambahan lagi mak Amalina pun bertudung juga,mungkin boleh minta pandangan dan nasihat dari beliau..


Akhir kata,all the best buat Nur Amalina Binti Che Bakri(cantik nama tu ada Nur depannya)
semoga berjaya mengharumkan nama bangsa dan negara,namun jangan dilupa yang wajib harumkan juga nama agama dunia dan akhirat,yakni agama ISLAM di mata dunia..Fikir sendiri la yerkk....kan bijak pandai 17a1 tuu...
Tidak guna bijak ilmu dunia,jika ilmu akhirat kurang..

sama-sama kita menginsafi...semoga diberkati dunia dan akhirat..Aminn..

Surah Al-'Asr (Masa)
Maksudnya:

1;Demi masa

2;Sesungguhnya manusia kerugian

3;Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar..

Rujukan Surah:Kitab AL-QURAN Rasm Uthmani 



1 comment:

~NiZa Maksit~ said...

baiknya rakyat malaysia yg prihatin, ada apa2 isu sebarkan dgn seluruh rakyat malaysia agar sama2 dpt mmbantu :)

tp isu ank jiran bangsa lain sblh rumah entah tahu entah tidak. hehehe~

bukan nak ckp apa la, kita ni kuman nun seberang laut tu nampak, gajah depan mata sebiji besar tu tak pula jelas kelihatan. huhuhuhu~

insaf saya ~.~