Assalamualaikum..salam perpaduan...
Penyokong Anwar Ibrahim pasti masih merasai kehangatan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari..
Ikuti kronologi kes yang memakan hampir 3 tahun 6 bulan sebelum keputusan dibuat.
7 Ogos 2008
-Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 petang dan jam 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama
3 Februari 2010
-Perbicaraan hari pertama:Mohd Saiful memberitahu,Anwar marah apabila beliau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya
4 Februari 2010
-Mohd Zabidin melawat unit Kondominium Desa Damansara,tempat Mohd Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar pada Jun 2008
5 Februari 2010
-Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi,Anwar menawarkan untuk membiayai pengajiannya di mana-mana universiti secara sepenuh masa dengan diberikan gaji penuh bagi memujuknya supaya tidak meletak jawatan selepas didakwa meliwat
4 Mei 2010
-Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya tuduhan liwat terhadapnya itu diketepikan
10 Mei 2010
-Mohd Saiful mengaku pernah beberapa kali diliwat Anwar sebelum kejadian 26 Jun 2008
11 Mei 2010
-Mohd Saiful yang diasak oleh peguam,Karpal Singh memberitahu mahkamah beliau tetap dengan pendirian kejadian beliau diliwat oleh Anwar adalah tanpa kerelaanya.
13 Mei 2010
-Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi,beliau tidak membasuh duburnya selepas diliwat Anwar Ibrahim pada 26 Jun
31 Mei 2010
-Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tingg beberapa individu yang ditemui untuk mengadu berhubung liwat tidak menasihatkannya membuat laporan polis terhadap bekas majikannya,Anwar
3 Jun 2010
-Mahkamah Tinggi dimaklumkan keputusan ujian klinikal dan makmal serta laporan kimia dijalankan terhadap Mohd Saiful menunjukkan ada bukti berlakunya liwat
20 September 2010
-Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat yang dihadapinya dengan alasanintegriti pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit diantara timbalan pendakwa raya dan pengadu kes.
18 Oktober 2010
-Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan semua kenyataan Siful,termasuk kenyataan diberikannya kepada polis ketika siasatan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
24 Oktober 2010
-Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mendapatkan borang protokol perubatan Mohd Saiful tetapi menolak permohonannya supaya saksi pendakwa yang merujuk dokumen itu di luar prosiding,dikenakan perintah menghina mahkamah
6 Disember 2010
-Anwar gagal buat kali kedua supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya,selepas permohonanya ditolak.
8 Disember 2010
-Anwar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat dihadapinya
14 Januari 2011
-Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk menggugurkan Mohamad Zabidin daripada mendengar kes liwatnya
10 Mac 2011
-Bekas pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur,Dr Razuin Rahimi memberitahu,Mohd Saiful ada memaklumkan lelaki itu melawan ketika diminta lakukan seks oral pada hari kejadian liwat itu didakwa berlaku
11 Mac 2010
-Pihak pendakwaan kes liwat Anwar semalam memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Ketua Pembangkang itu menyerahkan spesimen daripada badannya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.
23 Mac 2011
-Isu DNA Anwar mencetuskan perbahasan di dalam dan luar mahkamah sejak 2 minggu lalu,berakhir.
24 Mac 2011
-Pihak pendakwaan menutup kes liwat Anwar selepas memanggil 27 saksi memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung 57 hari yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara
16 Mei 2011
-Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas pertuduhan liwat.Mohamad Zabidin dalam penghakimannya yang dibacakan hampir dua jam berkata,Mohd Saiful adalah saksi yang benar,berwibawa dan diyakini serta keteranganya disokong dengan penemuan pakar.
6 Jun 2011
-Anwar gagal dalam percubaan ketiganya bagi mendapatkan perintah supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya
13 Ogos 2011
-Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,Jalan Duta untuk ditemubual pasukan peguam Anwar bagi pembelaan dalam kes liwat yang dihadapai ketua pembangkang itu.
22 Ogos 2011
-Anwar memilih memberi keterangan bela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya dari kandang tertuduh,nafi mengadakan hubungan seksual dengan Mohd Saiful Bukhari
7 Oktober 2011
-Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi,Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat.
17 Oktober 2011
-Pihak pembelaan meutup kes selapas lapan saksi mereka tampil memberi keterangan,termasuk Anwar.
9 Januari 2012
-Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dilepaskan dari tuduhan..
Info Kes Liwat Anwar Ibrahim
#DS Anwar Ibrahim dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Damansara,Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara jam 3.10 petang dan jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008
#Tuduhan dibuat mengikut sSeksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat
#Ini pertuduhan kali kedua yang dihadapi Anwar setelah tahun 2000 beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
#Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukaman penjara 9 tahun oleh Mahkamah Tinggi tetapi 4 tahun kemudian,Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.
Nota:Gambar berlaku di sekitar pada 09 Januari 2012,hari mendengar keputusan Hakim..
No comments:
Post a Comment