31 January 2012

Datuk Siti Nurhaliza Paling Seksi?

Datuk Siti Nurhaliza @ ajl 26


Dalam pada peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip meraikan kegembiraan atas kemenangan penyanyi berambut kerinting itu menerusi Anugerah Juara lagu ke-26, malam tadi, peminat tegar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut sama melonjak riang apabila penyanyi itu dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.

Lebih membanggakan, menerusi kategori ini, Siti berjaya menewaskan nama-nama besar dari Indonesia, Agnes Monica termasuklah bintang Hollywood seperti Christina Aguilera dan Avril Lavigne. Tambah unik, anugerah yang dianjurkan portal yang menyampai cerita terkini artis seluruh dunia iaitu Ituned.com turut melayakan artis kegemaran rakyat Malaysia itu meraih anugerah Penyanyi Wanita Paling Seksi.

Menerusi anugerah yang undiannya dibuat secara online ini, pelatun lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan untuk enam kategori.
Selain menang dua kategori Penyanyi Wanita Seksi dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik, Siti juga menyapu bersih empat kategori yang lain iaitu Artis/Band pilihan, Album Terbaik, Muzik Video Pilihan dan Penggunaan Media Sosial Terbaik.


Sungguhpun anugerah ini tidak berlangsung secara besar-besaran, pencapaian Siti amat membanggakan kerana dia mampu bersaing dengan nama-nama besar dari barat serta dari artis-artis K-Pop. Syabas dan tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza 


Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011

Album Sepanjang Tahun
Super Junior - Mr. Simple

Artis Sepanjang Tahun
Girls' Generation

Lagu Sepanjang Tahun
2NE1 - I Am The Best

Muzik Video Terbaik
Big Bang - Tonight

Lagu Runut Bunyi Terbaik
Baek Ji Young - That Woman

Vokal Lelaki Terbaik (Kumpulan)
2NE1 "Lonely"

Vokal Terbaik Dalam Persembahan (Solo)
IU

Artis Rap Terbaik
Leessang

Kumpulan Terbaik
C.N. BLUE

Artis Wanita Baru Terbaik
A Pink

Artis Lelaki Baru Terbaik
Huh Gak

Kumpulan Lelaki Terbaik
Super Junior

Artis Lelaki Terbaik
Kim Hyun Joong

Kumpulan Wanita Terbaik
Girls' Generation

Artis Wanita Terbaik
Baek Ji Young

Persembahan Tarian Terbaik Wanita
Miss A

Persembahan Tarian Terbaik Lelaki
BEAST

Persembahan Tarian Terbaik Solo
4minute's Hyuna

Stail Muzik Terbaik
Seo In Young

Artis Terbaik: China
Jang Zhang

Artis Asia Baru Terbaik
Aziatix

Artis Paling Hot: Japan
Koda Kumi

Artis Asia Solo Terbaik: China
Wei Chen

Anugerah IStimewa
YB

Artis Pilihan Singapura
Super Junior

Artis/Band pilihan
Siti Nurhaliza


Album Terbaik
Siti Nurhaliza (Fallin Love)

Muzik Video Pilihan
Siti Nurhaliza (Fallin Love)


Artis Wanita Solo Terbaik
Siti Nurhaliza


Penggunaan Media Sosial Terbaik
Siti Nurhaliza


Artis Wanita Paling Seksi
Siti Nurhaliza

# Agnes Monica pun boleh kalah dengan keseksian Datuk Siti..fuhh makin kembang la hidung Datuk K ni..hahaha



30 January 2012

Taj Mahal Mulai Senget!



Taj Mahal,salah satu dari tapak warisan sedunia yang diiktiraf UNESCO dilaporkan telah senget!Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.


Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. 

Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.

Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.


Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter,bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya. 

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal,isterinya yang kelima.Mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada 1648

Cahaya Balada Kembali Gemilang di AJL 26

Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu 26,anugerah yang ditunggu-tunggu sejak Disember lalu.Aku pastinya tidak melepaskan peluang menyaksikan anugerah kegemaranku ini secara LIVE dari kaca televisyen di rumahku..Apa yang pasti,penantian persoalanku lagu manakah yang dinobatkan menjadi juara bukanlah sesuatu yang merugikan..

najwa-cinta muka buku @ ajl 26

Sedikit hampa sebab Yuna yang mempertaruhkan 2 lagu hits,Penakut dan Gadis Semasa tidak berjaya menambat hati juri,namun persembahannya sebentar tadi unik dan tersendiri..Aizat juga berjaya menonjolkan persembahan yang bersahaja,bertemankan Alyah yang memukau dengan adegan patung bernyanyi yang sungguh romantis di hujung persembahan dengan kemunculan Remy Ishak...Sememangnya layak dianugerahkan Persembahan Terbaik AJL 26.

Yuna-Gadis Semasa @ ajl 26


Alyah-Kisah Hati @ ajl 26

Faizal Tahir yang sinonim bergandingan dengan Audi Mok dalam setiap karyanya masih lagi mengekalkan momentum kejayaan di AJL apabila berjaya mendapat tempat ke3 dengan persembahan ''Piano Terbakar'' yang sungguh mengejutkan..Trio Beribu Sesalan sebagai penutup lagu yang bertanding mempamerkan alunan suara yang begitu seimbang antara 3 penyanyi yang memiliki tone yang berbeza,Sheila Hamzah,Ning Baizura dan Jacklyn Viktor..Jadi tidak mengejutkan bila mereka berjaya merangkul Tempat ke-2 AJL 26.


Faizal Tahir-Karma @ ajl 26

Hafiz,berimejkan budak kampung dengan tema persembahan kesinambungan video klip rasmi lagu Awan Nano mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil dan setiap ruang rumah penonton dengan lontaran vokal yang mengetarkan jiwa,disulami dengan penghayatan yang superb,membolehkan beliau merangkul Anugerah Vokal Terbaik AJL26..Lagu ciptaan Datuk Sifu M.Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat ini juga sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL 26,menyingkirkan lagu Sedetik Lebih dan Penakut yang diramalkan ramai pihak sebagai pemenang utama AJL kali ini..


antara elemen persembahan lagu Aizat-Sungai Lui @ ajl 26



Akhirnya AJL 26 kali ini berjaya menguburkan kehebatan  muzik Indie selama 5 tahun di pentas AJL apabila kesemua pemenang lagu terbaik kali ini adalah bergenrekan Balada..
Sememangnya lagu berunsur Indie kali ini hebat-hebat belaka,apatahlagi apabila Datuk M.Nasir sendiri mengakui kehebatan barisan anak muda yang bertanding pada ucapan penganugerahan sebentar tadi,membayangkan masa depan muzik Indie bakal lebih cemerlang pada masa hadapan..Jangan dilupa Datuk M.Nasir adalah ketua juri AJL25,dimana beliau mengangkat lagu Tolong Ingatkan Aku-Anna Raffali sebagai Lagu Terbaik AJL25.

Apapun,segalanya sudah muktamad..AJL 26 kali ini sememangnya yang terbaik sejak penganjurannya.Lihat sahaja pentas AJL 26 yang begitu gah dengan cahaya lampu,yang separuhnya ibarat bintang di langit.Teknik pengacaraan juga lancar dan rapi oleh Faizal Ismail bergandingan dengan Cherly Samad..Akhirnya muzik genre Balada terbukti masih mengegar,disebalik kehebatan  muzik Indie..Tahniah kepada semua pemenang..

AJL 26 terbaik!!


Lagu Terbaik AJL 26

Korang boleh terjah banyak gambar lagi dekat sini:
<<< Gambar Sekitar Anugerah Juara Lagu 26 >>>

#still hampa Yuna tak menang..haha!



29 January 2012

Gambar Terkini dan Live Streaming Blue Carpet Anugerah Juara Lagu 26

Assalamualaikum dan salam muhibbah!

Kira-kira 1 jam sahaja lagi Anugerah Juara Lagu ke-26 bakal bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil dibawakan khas oleh TV3 digempakkan lagi dengan CELCOM..
Lagu manakah yang bakal dinobat sebagai Juara Lagu AJL 26,sama-sama kita nantikan..

Demam AJL 26 kini telahhpun bermula seawal jam 7;30 pm tadi dengan barisan artis yang telahpun melalui Blue Carpet..Korang boleh nonton secara live di sini

<<< 
http://live.tv3.com.my/ajl26/default.aspx?livestream=1 >>>

dibawakan khas oleh TV3 untuk AJL maniac...seperti aku...ahakss...

Okay,aku ada sertakan juga gambar-gambar terkini yang ku cedok dari page rasmi TV3..Gambar ni diambil sekitar Blue Carpet yang sedang berlangsung sekarang! 


last season champion,ana raffali @ AJL26 !!


ammar @ AJL 26


shiha mentor @ AJL 26
neelofa in the house @ AJL 26



Lagi gambar terkini korang boleh terjah dekat sini :
<<< https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA >>>


Pilihan calon Juara AJL 26 aku : semestinya YUNA-PENAKUT/GADIS SEMASA...AHAKS


Batu Zamrud Terbesar Di Dunia!




Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini di Kelowna,British Columbia
Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.
Ia akan dilelong di sini, Kanada pada semalam(28/01/2012).
Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).
Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.
Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini.

AJL 26 : Wanita Seluruh Dunia-Projek Pistol

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua
Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata
Ulang Chorus
Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
Ulang Chorus
Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua


Lagu:Boy Clifford
Lirik:Boy Clifford



AJL 26 : Karma-Faizal Tahir



Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu
Chorus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu
Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku
Ulang Chorus
Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali
Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku
Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku


Lagu:Audi Mok/Faizal Tahir
Lirik:Faizal Tahir/Faizal Tahir




AJL 26:Gadis Semasa-Yuna

Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia


Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku
Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu


Kau mahukan gadis biasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan aku begitu muda untuk dirimu
Kau memang begitu


Kau mahu perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau begitu ego untuk diriku
Kau memang begitu


Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu


Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk diri
Terlalu jujur untuk dirimu


Lirik:Yuna
Lagu:Yuna


28 January 2012

Puntianak di Menara Condong hanyalah rekaan


Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu..

#Masyarakat Malaysia kalau disorongkan dengan cerita merepek seperti ini pasti hangat diperkatakan sehinggalah ke kedai kopi..mengapa ramai yang tidak menyedari akan pengaruh negatif filem dan drama seram yang hangat dipertontonkan kepada umum..

Pelik juga semakin kreatif pengarah-pengarah di Malaysia ni,pandai mengimaginasikan situasi seram walaupun mereka sendiri tidak pernah mengalaminya..berdindingkan kisah pengajaran walhal lebih kepada keburukan..Alangkah berdosanya jika kanak-kanak terpengaruh lalu takutkan makhluk ghaib berbanding Allah s.w.t...Kini Islam hanyalah nama...Selamat berfikir....

Pelakon StarWars Liam Neeson Masuk Islam?

Selepas bintang bola sepak terkenal,Kaka yang dikaitkan dengan Islam,siapa sangka seorang ‘Master Jedi’ terkenal seperti Qui Gon Jinn secara tiba-tiba menyatakan hasrat dan berminat untuk mendekati agama Islam dengan lebih mendalam serta seterusnya memeluk agama suci itu.

Qui Gon Jinn atau nama sebenar pemegang watak filem legenda Star Wars itu, Liam Neeson, 59, menyatakan hasratnya tersebut kepada akhbar The Herald Sun bahawa laungan azan yang berkumandang telah meresap ke jiwanya dan menghadiahkan satu perasaan yang sangat indah.
Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
Ada 4000 masjid di bandar ini (Istanbul). Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.
Pelakon Hollywood terkenal itu merupakan penganut agama Kristian Katolik terpesona dengan laungan azan ketika menjalani pergambaran filem terbarunya, The Grey, di Istanbul, Turki.
Neeson yang dinamakan ibubapanya sempena nama seorang paderi tempatan pernah berkahwin dengan Natasha Richardson yang meninggal pada usia 45 tahun di dalam satu kemalangan ketika meluncur salji pada tahun 2008.
Sebelum meninggal dunia, Natasha pernah memberitahu suaminya mengenai keraguan pada kepercayaan yang dianuti pasangan tersebut sehingga menyebabkan beliau sering tertanya-tanya tentang arah kehidupan yang sebenar.
Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme,” katanya lagi.
Master Jedi Qui Gon Jinn merupakan ‘Padawan’ kepada Count Dooku, menjadi mentor kepada Obi-Wan Kenobi dan merupakan guru yang bertanggungjawab melatih Anakin Skywalker yang kemudiannya berubah hala menjadi ‘Darth Vader’ di dalam filem tersebut.



'Hidayah’ untuk memeluk agama Islam merupakan satu kurniaan istimewa dari Allah yang tiada terhingga nilainya kepada setiap insan dan hanya diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja tanpa boleh dipaksa-paksa.
Misalnya sebuah riwayat menceritakan bagaimana Rasulullah SAW pernah berdoa dan memohon agar bapa saudaranya, Abu Talib, supaya diberikan hidayahNya untuk memeluk agama Islam namun permintaan Baginda itu ditolak Allah SWT.
Bagaimanapun, Allah SWT menjanjikan seksaan paling ringan untuk bapa saudara kesayangan Rasulullah SAW itu dan beliau kekal sebagai kafir sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.

27 January 2012

Gambar Kad Jemputan Perkahwinan Yusry KRU dan Lisa Surihani

Pastinya ramai yang menantikan detik bahagia buat duda terhangat Yusry KRU dan pilihan hatinya,pelakon popular Lisa Surihani yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 26 Februari 2012.


Mungkin majlis kahwin Yusry yang kedua kalinya ini bakal menjadi ''wedding of the year''
bagi tahun 2012..almaklumlah,seorang pengarah yang berjaya dan seorang pelakon tercantik negara,so ramai yang ternanti-nanti aka detik bersejarah itu..semoga nanti mereka hidup aman sentosa...membina masjid itu mudah,menjaga dan memuliharanya itu memerlukan kesabaran dan ketabahan..moga bahagia hingga ke ahkir hayat...Amin..

25 January 2012

AJL 26:Penakut-Yuna



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Penyanyi:Yuna
Lagu; Yuna
Lirik:Yuna





Anugerah Juara Lagu ke 26 bakal berlangsung pada 29/01/2012 jam 9.00 malam dibawakan live dari Stadium Putra Bukit Jalil oleh TV3..

Yuna is the BEST!!


20 January 2012

Gambar Majlis Nikah Ally Iskandar dan Farah Lee


Alhamdullilah,selamat jua akhirnya pengacara popular,Ally Iskandar diijabkabulkan
bersama pasangan pilihan hatinya,Farah Lee di Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam,
Pulau Wan Man,Kuala Terengganu pada jam 10.03 pagi tadi..











# Manis bertudung Farah Lee...semoga berbahagia hingga akhir hayat..amin...

lagi gambar menarik :: Gambar Panda yang Melucukan di Dunia ::



Budak Lelaki MengIslamkan Seorang Wanita..

Assalamualaikum..

Hari ni aku tiada mood nak update blog ni..Hilang mood aku tengah hari tadi semasa main game Plants Vs Zombie dekat Iphone aku,tiba-tiba ja skrin dia gelap..Maknanya skrin dia dah rosak la..arghhhhh ..bikin tension ja la..Banyak urusan lagi terpaksa clearkan semua dalam Iphone tu baru boleh hantar dekat Celcom untuk service..Biasalah kalau dah ''jailbreak'' kan,kalau hantar bulat-bulat dekat Celcom tu nanti waranty burn sia-sia..so nanti jam 9.30 am kena tebalkan muka jumpa otai Iphone di Tawau ni minta tolong..ahakss

Sempena penghulu hari ni kita tinggalkan dulu gosip-gosip hangat di luar tu,korang layan satu cerita ilmiah ni..tentang seorang budak lelaki yang berjaya mengISLAMkan seorang wanita..
Tanpa banyak bicara korang layan jerrr cerita kat bawah ni..





Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata 


 "Bersedia untuk apa?" 


"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah."


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.






Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.


 "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.


 "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Wallahualam...selamat beramal...