pagi yang sejuk disebabkan hujan semalaman
kambus tampak menyelubungi rimbunan pepohon
buah-buahan..realiti suasana kampung..
alhamdulillah,terjaga dari lelap yang lena..
berkat doa yang telah lama aku
berkat doa yang telah lama aku
tidak amalkan,dan semalam baru terbangun dari alpa
yang sudah lama seharusnya aku sedari...
tiada siapa yang mampu memberikan ketenangan
kecuali ianya datang dari ALLAH s.w.t
Dan perasaan ini juga di anugerahkan kepada aku..
perasaan bersalahkepada seorang teman..
perasaan bersalahkepada seorang teman..
Teman yang dahulunya amat karib..
seperti tiada apa yang mampu merobek dinding persahabatan
kecuali takdirnya yang Maha ESA.
Setelah 10 tahun berpisah,tidak bersua muka walau sekali,
khabar sejauh jasadmu berada,
Sahabat,
aq kembali teringat akan kau,
yang menghilang entah kemana,
yang menghilang entah kemana,
dahulunya tanpa sempat aq mengucapkan selamat tinggal,
tanpa aq menuturkan penghargaan ke atas budimu terhadapku,
tanpa aku bertanya ke mana hala tujumu,
dan yang paling penting sekali,
dan yang paling aku sesali,
tanpa aq memohon seribu kemaafan
terhadap segala kesilapan,kekhilafan,
kekasaran
kekasaran
dan segala macam
perilaku ku yang telah membuat hatimu tergores...
Sahabat..
entah mengapa perasaan ini tidak mampu aku hindari,
bagai ada sesuatu yang mendorong aku mengingatimu..
apa keadaanmu sahabat??
sihatkah engkau??
berjaya kah engkau??
ramai awek kah sudah??wahahha
berjaya kah dalam mengejar citamu??
dan yang paling penting,
adakah engkau juga sama seperti aku
yang sentiasa ingin berjumpa denganmu...
sentiasa memikirkan kamu...
waaaaa....kenapa aku emo sangat ni...
ndak pernah-pernah bha...
ha..ha,..ha.....
Sahabat,
aku belum habis bermadah ni,jangan kau muntah dahulu!!!!
andainya aku ditakdirkan pergi dahulu sebelummu,
aku mengharapkan,
kau maafi segala kesilapan ku,
jika ada terkasar bahasa
aku menyesalinya
halalkan segala makan minum sepanjang persahabatan kita,
moga Allah s.w.t membuka pintu
agar kita dipertemukan semula
baik di dunia,mahupun di akhirat...
aminn....
tidak menjadi kesalahan jika kita meminta maaf kepada sahabat,
walaupun tidak melakukan apa kesilapan,
kerana memang sifat manusia
kadang~kala kita tidak menyedari
bahawa apa yang kita lakukan dan suarakan
bakal menguris perasaan orang lain..
Hargailah sahabat yang anda miliki sekarang,
sebelum terlewat,
kerana peluang tidak datang berkali-kali..
1 comment:
Euwwwwwwwwwwwww!!! that's really disgusting..wondering how can they make tooot on their honeymoon since piercing placed anywhere..
Post a Comment