01 June 2011

habis satu,satu lagi...

biar betul cikgu ni..kenak demam@ada putus wayar kali..wahaha..

Pagi tadi hujan lebat sekali,sedangkan semalam cuaca 
sangatpanas..kebiasaannya jika cuaca sebegini 
banyak menguntungkan para doktor di klinik swasta
kerana pastinya banyak yang mengalami demam
dan selesema..batuk tidak terkecuali
dan aku sekarang adalah salah  seorang itu!!

mood malam ni kurang baik sikit..sebab sudah
seminggu demam+selesema tapi belum sembuh 
sepenuhnya lagibungkusan panadol kak ku beli telah
 selamat dibuang dalam tong sampah,
tidak juga sembuh~sembuh..

Hari ini seharian aku baring di katil jak,main game
yang ada di iphone yang baru saya beli..bukan taknak bangun
tapi macam tak larat pulak(buat entri larat pun!!)
sekali bangun maghrib tadi,mama menyapa aku
''baru bangun saveq,lamanya ko tidur''

Mahu buat macam mana kan,nak ronda~ronda kampung
pun nanti ada jiran mengata yang aku ni kutu rayau
dari biarkan orang buat dosa,
bagus aku baring jak dalam bilik buat apa yang patut.
wakakaka....

Apa yang lebih menyakitkan hati aku,belum kebah demam
dan selesema ni,selepas makan malam tadi
aku merasakan sesuatu yang ganjil pada
bahagian atas(dalam) bibir aku..
adeyyyy...ulser datang bagi salam lagi!!!

imbas kembali entri aku pasal ulser di sini

Bertambah-tambah sakit kepalaku dengan
sakit terbaru yang aku dapat ini..
Ini mungkin disebabkan aku kurang minum air
pada ketika cuaca petang tadi panas terik..
ditambah lagi dengan suhu badan yang 
sememangnya hot..

ada muka orang demam ke ni?tido sampai lebam bawah mata..kahkahkah..

Walaubagaimanapun,aku terima takdirku sebegini
ada hikmah semua ini terjadi..

p/s;kepada yang diluar sana,jaga kesihatan okay..
banyakkan minum air putih..jangan minum yang bergas
apalagi yang sejuk-sejuk
elakkan la untuk kesihatan yang mampan..

                                       entri ini dizahirkan ketika line maxis macam kura-kura baru belajar jalan!!!




2 comments:

~NiZa Maksit~ said...

kehkehkeh...get well soon ^^
dosa2 kecik sdang dhapus 2..
bsabar la ^^,

Unknown said...

thanks nieza...jaga kesihatanmu!!!!