04 June 2011

tahniah k.rajagopal







YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Jurulatih Skuad Bola sepak Kebangsaan, Datuk Rajagobal Krishnan ketika Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Persekutuan sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara di sini, hari ini. 
                                                            sumber:berita harian online

Yay!!! K.Rajagopal dah dapat anugerah Datuk..tahniah tahniah tahniah..bukan mudah seseorang yang berkecimpung dalam dunia sukan untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' tersebut..Ia memerlukan usaha yang gigih,namun apa yang lebih penting ialah prestasi kejayaan yang ditempa demi kebanggaan negara.


Klimaks kejayaan K.Rajagopal pasti dinilai pada kejayaan dimana beliau berjaya membimbing pasukan kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki tahun lepas.dengan segala macam pujian telah diberikan,begitu juga dengan wang ganjaran..adakah itu mencukupi??


Jika dimasa hadapan jika K.Rajagopal berjaya membimbing pasukan negara menjuarai Piala Asia,mungkin dapat dianugerahkan gelaran yang lebih tinggi lagi..apatah lagi jika pasukan kebangsaan dapat ke Piala Dunia dan menjadi juara..tak terbayang rasanya darjah kebesaran apa lagi yang mampu diberikan kepada beliau..


Apapun,terima kasih kepada beliau kerana telah membangunkan sukan bola sepak negara dari lena yang sangat panjang..


Harapan kepada Datuk K.Rajagopal agar penganugerahan darjah ini
dapat memberi suntikan semangat yang lebih besar dalam membimbing pasukan negara ke arah kejayaan yang lebih gemilang..


Yang lebih penting,ikhlaskan hati dalam pekerjaan..jangan mengharapkan apa-apa ganjaran sebagai balasan..kecuali ganjaran berupa gaji..wakaka..gaji memang keutamaan kan...

1 comment:

Echa said...

amboi suka bha dia..hehe
apapun tahniah utk beliau :)