23 June 2011

cerita si BUNTAT -MENGEMBARA KE MAKKAH

3 hari yang lepas aku sempat menonton rancangan MHI..MHI penuh dengan info yang menarik,berita terkini dalam dan luar negara..tertarik aku dengan satu novel yang dipromosikan pada hari itu,berjudul Buntat..pelik kan nama tuh..kerana kepelikannya aq terasa teruja untuk membaca novel ini..


PENULIS:YAHAYA AWANG
SINOPSIS;


Novel ini mengesahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Buntat. Buntat kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak kecil. Dia kerap dimarah, dirotan dan dipukul menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila berumur 10 tahun, dia mula renggang dari rumah. Dia berdikari menguruskan dirinya sendiri.

Suatu hari dia menyeludup ke dalam kapal haji di Pulau Pinang, untuk berlayar ke Jeddah. Dia menyeludup masuk ke Makkah. Dia melihat ribuan manusia berpakaian putih bersih. Hati mereka ikhlas lagi bersih memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT.

Buntat mulai insaf. "Apa guna hidup ini jika lupakan Allah, lupakan Rasul, lupakan ibu bapa dan lupakan diri sendiri".

Setibanya di Mekah,setiap hari Buntat berdoa di Kaabah. Allah SWT telah memakbulkan doanya. Seorang tua kaya mengambilnya menjadi cucu angkat. Dia mula mendapat nikmat layanan kasih sayang.

Buntat berdamping rapat dengan seorang guru dan ustaz yang tinggal di bangunan yang sama di Makkah dan Madinah. Berkat pimpinan datuk angkatnya, cikgu dan ustaz, Buntat menjadi budak yang baik dan mendapat haji kecil yang mabrur.

Buntat mengembara ke Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Hampir empat bulan dia merantau, menjadikan dia manusia berguna. Ikutilah perkembangan Buntat yang menyeronokkan dan kadangkala mencemaskan.


Rugi jika tidak membacanya..bukan sahaja ia berunsur islamik,tetapi juga memberikan banyak nilai dan pengajaran yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian....so besok aq nak selongkar semua kedai buku di tawau untuk mendapatkan cerita si Buntat ni (PELIKNYA NAMANYA...)

5 comments:

Unknown said...

dah beli belom buntat tuh ?

Yatt S. said...

siapa penulis dia? boleh share? tq ;)

Berganti Hati

Unknown said...

hana: belum..huhu..aq ambil sinopsi dari rakan blogger juga..

penulis..uppss..sory aq x letak bha kan..hehe..

author:YAHAYA AWANG..hehe

Anonymous said...

Unquestionably believe that which you stated. Your favorite justification seemed to be on the net the easiest thing to be aware of. I say to you, I definitely get annoyed while people think about worries that they plainly don't know about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people could take a signal. Will probably be back to get more. Thanks

Anonymous said...

update pagerank seo tools backlink service back link