01 June 2011

tokkek punya hal!!

Mohd Nazarudin


ZAMBOANGA (Filipina): Rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik di selatan Filipina pada awal Mei lalu ketika mencari cicak tokek atau gecko, masih berada dalam tangan kumpulan penculiknya dan disembunyikan di sekitar kepulauan Jolo.
                                                            sumber:berita harian sini

aku hairan dengan dia ni..entah manusia mana yang bagi gaji dengan dia ni sampai sanggup ke selatan filipina mencari cicak tokek.(kalau di tawau dipanggil TOKKEK..double k!!!!)..atau entah berapa banyak gaji yang dia dapat untuk cari TOKKEK disana..

istimewa sangat kah TOKKEK ni sampai sanggup dia redah lautan untuk sampai di sana..last~last kena culik..aku tumpang simpati dengan keluarganya..

izinkan saya berkongsi pengalaman tentang reptilia ini..
dulu satu kampung heboh dengan cicak ini..kononnya ada si polan sana tuh ada tangkap satu ekor..besar punya!!..yang paling penting lagi,,gempak 1 kampung kata ada DatukX mau datang beli cicak tuh dengan harga yang mahal..betul atau tidak wallahuallam..sebab datuk tuh tidak datang pun..

Selepas ura-ura kedatangan DatukX,ramaila pulak yang bersemangat waja untuk mencari tokkek dan memelihara dengan baik sekali supaya bila tiba masanya dijual akan mendapat harga yang tinggi..

gara-gara itu juga,ada satu kawan ni,turut serta memelihara tokkek..dan dia memelihara tokkek di dalam akuarium yang tidak berair..bukan seekor,tapi ada puluhan ekor..aku tidak tahu dari mana dia mendapat tokkek sebegitu banyak..

Namun akhirnya semua hampa..kecewa kerana DatukX itu tidak juga muncul untuk membeli tokkek tersebut..semua hanyala donggeng semata-mata..


4 comments:

Kupi Sajuk said...

atukoi, tokek ni bulih buat duit bha. itulah pasal urang suma mau pelihara tokek.

Unknown said...

ndakdala..haha..tipu jak tuh akemi...kawan~kawan sana yang pelihara tokkek dulu dah pencen semua..hihi..lucuk...

Cinoi said...

Awal2 tokkek ni muncul dan menajdi terkenal, mcm fenomena bah. Ok lagi di Sabah ni awal algi cerita tokek dalam awal tahun 2010 ka hujung thn 2009.

Ada kwn aku ni d smnnjung tiba2 cakap2 konon cicak besar la apa time hujung thn 2010 suda, aku cakap "kelambatan bah kamu ni d sabah lama suda"

Anonymous said...

ada kawan satu rumah jual tokkek ni tp yg xbrp besar..dpt jugak dlm 5 ekor rm1000..sebab yg beli tu pun urg tengah jak..dia lg jual mhl tu...mau pandai cari urg yg beli la tu...