14 January 2012

Uniknya Rumah Terbalik-The Upside-Down House



Binaan The Upside-Down House memang menjadi tumpuan dunia kerana keunikan dan ketelitian pada setiap inci ruang

Terletak di perkampungan Szymbark,Poland,rumah terbalik itu dibina ahli perniagaan dan dermawan negara itu,Daniel Czapiewski.

Biarpun binaan seperti itu biasa di Poland,namun The Upside-Down House mempunyai keunikan tersendiri.Ia mengambil tempoh 114 hari untuk disiapkan dan lebih menambahkan keunikan apabila berlaku kekeliruan di kalangan pekerja kediaman itu khususnya sudut dinding.



Bagaimanapun syarikat Czapiewski biasanya hanya mengambil tempoh 3 minggu untuk menyiapkan kediaman seperti itu..Situasi di dalam rumah sememangnya berbeza dari rumah biasa kerana kesemua reka letak perabot dan aksesori hiasan diletakkan secara terbalik bagi memberikan kesinambungan pada bahagian luar kediaman itu.

ribuan pengunjung the upside down house


Tidak perlu dirisaukan jika anda berasa pening ketika berada di dalam rumah terbalik ni,kerana ia sememangnya pengalaman yang berbeza apabila anda berpeluang melangkah masuk ke dalam rumah unik ini.

Pembinaan luar biasa ini meletakkan Czapiewski dalam senarai Guinness World Record.Rejim Komunis yang telah berakhir menginspirasikan idea kepada Czapiewski yang terus melihat pelbagai permasalahan di kalangan manusia di sekitarnya.

Akhirnya dia membina sebuah kediaman tradisional di atas bumbung untuk meluahkan kekeliruan itu kepada dunia.

Jom zoom-zoom gambar lain yang unik dibawah ni..







dan banyak lagi gambar yang unik di google..hanya taip the upside-down house di kotak carian dan klik search!
selamat berhujung minggu! 

korang nak baca lagi gempak klik sini:





3 comments:

Aki said...

susah o mo tidur kalau katil tebalik.. :-p

Unknown said...

jenuhla worker nak dongak kepala time nak buat rumah tu

MALU WEH! MANALA NAK SOROK MUKA JANTAN AKU NIH!
http://pulsowanie.blogspot.com/2012/01/status-aku-takder-sorang-pun-like.html

Unknown said...

Aki;..buang air pun susah oo tandas ke atas..hahaha

Wanie; biasala omputih kan alah bisa tegar biasa