28 July 2011

extravaganza:wow,banyaknya jari!!

Assalamualaikum..dan selamat malam..
Anda kenal dengan pelakon kacak 
dan tinggi lampai iaitu Hritik Roshan??
Tahukah anda Hritik Roshan memiliki 1 jari 
lebih di sebelah kanan tangannya..


yups,ini bukan perkara yang dianggap pelik
pada zaman ini..sebab saya sendiri mempunyai
saudara yang memiliki 1 jari tangan yang lebih..

TAPI YANG INI MEMANG PELIK..

1st lihat ni memang geli la..tapi aku segera sedar,ini adalah ciptaan
Allah s.w.t..yang buruk adalah dari kita yang jahil,yang baik datangnya
dari Allah s.w.t..


Jom berkenal-kenalan dulu sama empunya
jari jemari yang telah pun terukir namanya dalam
Guinness World Book of Record..

Di  bandar Uttar Pradesh,utara India,
seorang kanak-kanak berusia setahun mencatatkan
rekod baru dunia setelah dilahirkan
dengan 34 jari tangan dan kaki..

Akshat Saxena yang mempunyai 7 jari
pada setiap tangan dan 10 pada setiap kaki,
telah menjalani beberapa siri pembedahan untuk
membuang jari berlebihan..
Bertambah pelik lagi apabila dia dilahirkan
tanpa ibu jari..namun doktor kini 
berusaha membuat ibu jari itu daripada
jari yang mereka potong..

Akshat sebenarnya mengalami masalah
genetik yang dikenali sebagai polydactyly,sesuatu
yang boleh diwarisi..

akhsat saxena bersama bapanya..

Rekod Guinness sebelum ini dipegang oleh
seorang kanak-kanak lelaki China berusia 6 tahun
yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki..
namun telah kembali normal setelah
melakukan pembedahan..

Dunia akhir zaman..siapkan diri hiasi peribadi..


#Satu masa dahulu India gempar dengan kelahiran
bayi bermata satu..tidak punya hidung..




apa pendapat anda??

4 comments:

ecadwinkyasha said...

kuasa Allah SWT menciptakan makhluknya.Dia lebih mengetahui...

dulu tak caya,tapi ada seorang staff dekat uni,ada 6jari..nampak depan mata baru percaya.mereka ini insan terpilih.... :)

m said...

wowowo! ngeri! :'P

mazeermohamad said...

wowowow! nice post!

Unknown said...

ecadwinkyasha:yups..them so special..thanks reading this post..

mazeer:owh yeah..wakakaka